Semasa

Pusat taiz jumpa sumber air mineral

SEREMBAN: Pembinaan pusat tahfiz di Rantau, dekat sini hampir tiga tahun lalu membuka rezeki kepada Wan Syazri Wan Sulong kerana menemui sumber air bawah tanah.

Beliau berkata, mata air mineral itu ditemui ketika kerja meratakan kawasan pembinaan Kompleks Al Ammar, Kampung Kanchong Rantau, dekat sini, pada 2018.

Katanya, air yang sangat jernih dengan gelembung oksigen itu mengalir daripada bawah tanah.

“Ujian makmal mendapati ia mempunyai kandungan mineral yang baik dan kandungan oksigen terlarut yang sangat tinggi, iaitu melebihi 100 peratus.

“Pengesahan kandungan oksigen diperakui makmal bertauliah dan susulan itu, timbul idea untuk memajukannya secara komersial dengan jenama Bubbles 02 supaya dimanfaatkan oleh masyarakat.

“Ini suatu anugerah dari Allah SWT dan kami berusaha memanfaatkan anugerah ini untuk kebaikan bersama,” katanya di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Yayasan Al Ammar, Arifin Marzuki dan Pengarah Projek, Mohd Zaffarin Abdul Ghaffar.
Wan Syazri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Bubbles O2 Sdn Bhd (Bubbles O2),

air minuman beroksigen di pasaran sekarang berasaskan teknologi yang dicipta untuk menambah kandungan oksigen terlarut, tetapi Bubbles 02 ialah air mineral semula jadi.

Beliau berkata, keuntungan jualan produk itu membantu operasi Kompleks Al Ammar.
Katanya, terdapat 24 pelajar tahfiz di pusat itu berusia di antara 13 hingga 16 tahun, namun akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara dalam talian.

“Ketika PKP yang pertama kami menyumbangkan hampir 40,000 botol ke lebih 15 hospital di seluruh negara.
“Alhamdulillah, air ini akan berada di lebih 700 Kedai Mesra PETRONAS tidak lama lagi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.