Hiburan

Cikgu nikah dengan anak murid sendiri, kenal ‘time’ suami tingkatan 1 Sekarang Anak Dah…

Jodoh dan pertemuan merupakan rahsia daripada Allah S.W.T. Kita tidak akan tahu siapa yang akan menjadi pendamping kita suatu hari nanti.
Dalam satu posting yang dibuat oleh seorang pemuda menggunakan nama akaun TikTok @Standtlofa, dia berkongsi kisah cintanya dengan guru sendiri dan kini sudahpun bergelar suami kepada wanita itu.


 
Menurutnya, mereka saling berkenalan semasa isterinya bertugas di sekolah tempatnya belajar. Dia juga akui rapat dengan isterinya dan selesa bertukar pendapat. Tanpa disangka, dia mulai jatuh cinta dengan wanita tersebut yang ketika itu merupakan ibu tunggal dengan mempunyai seorang anak.
Menerusi kompilasi gambar dan video mereka di sekolah, pemuda itu memaklumkan sudah mengenali isterinya sejak di Tingkatan 1.
Namun, selepas tamat sekolah, dia menyedari telah jatuh cinta dengan wanita itu dan sama-sama mengambil keputusan untuk berumah tangga. Jarak usia 14 tahun bukan halangan dan tidak berasa kekok kerana tetap menghormatinya sebagai seorang isteri.
Mereka juga kini telah pun dikurniakan seorang anak dan bahagia hidup bersama.

 
Sumber : ohmymedia / media96times

Leave a Reply

Your email address will not be published.