Ramai yang menganggap bekerja dalam dunia hiburan merupakan satu kerjaya yang mudah. Hakikatnya, para selebriti terpaksa mengorbankan masa mereka .
Kadangkala, ada yang terkejar-kejar pergi ke pelbagai lokasi untuk mematuhi jadual ‘shooting’.
Namun sesibuk mana pun seseorang, sebagai umat Islam itu bukanlah alasan untuk meninggalkan ibadah wajib yang dituntut agama.
Baru-baru ini, seorang krew berkongsi video melibatkan salah seorang pelakon lelaki terkenal tanah air menerusi aplikasi TikTok.
Tidak berapa lama kemudian, video itu menjadi tular dan telah meraih sebanyak puluhan ribu tanda suka daripada netizen.
Siapakah pelakon lelaki itu?
Pelakon yang dimaksudkan adalah suami kepada selebriti terkenal Fazura, iaitu Fattah Amin.
Tapi, apa pula yang dilakukan olehnya sehingga menjadi viral? Kontroversi baru ke?