Kuala Lumpur: Sepanjang krisis Cvid-19, kerajaan terus menyalurkan bantuan tunai secara langsung kepada golongan terjejas.
Ianya membabitkan peruntukan sejumlah RM16.7 bilion untuk keseluruhan tahun ini.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, baki peruntukkan bantuan untuk diberi kepada rakyat sehingga akhir Disember tahun ini adalah RM8.1 bilion.
Beliau berkata, pelbagai bantuan dalam proses pelaksanaan termasuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) RM4.5 bilion serta Bantuan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM1.25 bilion.
“Alhamdulillah inisiatif baharu kerajaan mendapat sambutan baik.
Contohnya Jaringan Prihatin yang dilancarkan Mei lalu di mana setakat ini RM1.75 bilion diluluskan termasuk lebih 500,000 orang mendapat telefon pintar baharu.
Di samping itu program e-Belia dilancarkan pada Jun sudah memanfaatkan 1.9 juta belia,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan komited memastikan kelangsungan perniagaan ketika berdepan Covid-19 menerusi inisiatif untuk sektor perniagaan.
Menurutnya, kerajaan memberi bantuan tunai kepada sektor perniagaan bagi tahun 2021 dengan jumlah diperuntukkan RM14.1 bilion.
“Bantuan ini belum berakhir. Sejuta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro akan terima Geran Khas Prihatin (GKP) pada hujung Jun dan Julai.
Jun ini akan menerima RM1,000 dan Julai ini akan menerima RM500.
Selain itu untuk peruntukan subsidi upah masih ada baki RM6 bilion untuk disalurkan kerajaan untuk menjamin bayaran gaji kepada 2.7 juta pekerja.