Isu Keluarga

Wanita ini Dakwa Dirinya Adalah Pemilik Ma, Tuntut Bran Dari Seluruh Umat Manusia

Sepanyol: Seorang wanita yang telah mendakwa dirinya sebagai pemilik matahari.

Justeru itu dia ingin menuntut bayaran daripada setiap manusia di bumi yang telah memakai cahaya dari sumber matahari.

Dan juga mana-mana pihak yang mendapat keuntungan daripada penggunaan cahaya matahari.

Wanita yang dikenali bernama Angeles Duran telah mendaftarkan dirinya sebagai pemilik matahari di mahkamah di Spanyol.

Angeles yang merupakan warga asal Galicia, Sepanyol mendapat inspirasi sejak 10 tahun yang lalu dari perbuatan seorang lelaki di Amerika Syarikat yang mendakwa dirinya sebagai pemilik bulan dan beberapa planet di sistem suria.

Angeles juga pernah menyaman eBay kerana membuang iklannya di website tersebut dimana beliau menjual plot beberapa kawasan di matahari.

Sebelum iklannya dibuang, beliau berjaya mejual sebanyak 1000 plot dan setiap pembeli diberikan sijil.

Apa pendapat anda? Perlu atau tidak kita kecam berjemaah wanita sewel ini?