HANYA kerana masih ramai terlalu percayakan benda-benda karut, tiada yang sudi membantu membawa pulang jenazah seorang anak syurga.
Situasi sedih ini dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook Yunizam Yusop, 33, apabila dia diminta untuk membawa seorang ibu bersama jenazah anaknya pulang dari Hospital Dutchess of Kent di Sandakan, Sabah.
Pemuda berusia 33 tahun itu meluahkan rasa kecewa apabila masih ramai dalam masyarakat yang percaya bahawa tindakan membawa jnazah menggunakan kenderaan sendiri akan membawa nasib m4lang di kemudian hari.
“Saya rasa sedih sebenarnya bila mana masih ramai lagi yang lebih mempercayai akan ditimpa maIang atau siaI.
Ini apabila kenderaan mereka digunakan untuk mengangkut jenazah anak syurga,” tulisnya dalam posting yang tular.
Lebih mesra disapa Yunizam atau Abam Botak, lelaki ini berkata dia sudah tiga tahun menyediakan perkhidmatan van jnazah percuma di sekitar kawasan Sandakan.
Dan situasi seperti ini memang sering berlaku.
Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, Yunizam berkata rakannya yang merupakan seorang pegawai forensik di hospital tersebut memaklumkan bahawa pihak mereka sebelum itu telah cuba menghubungi perkhidmatan kenderaan awam yang ada.
“Waris cuba untuk dapatkan kenderaan awam.
Namun cubaan mereka gagal kerana ramai yang enggan dan menolak membawa jnazah bayi tersebut disebabkan kepercayaan akan ditimpa siaI,” katanya.
Pekhidmatan Van Jenazah Percuma Abam Botak telah diwujudkan sejak tahun 2018.
Yunizam berkata wanita itu tinggal di perkampungan setinggan dan kurang berkemampuan untuk menyewa van jnazah selain bimbang akan dikenakan cas yang tinggi.
“Ini bukan kali pertama saya jumpa, dah banyak dah kes macam ni. Kenderaan awam engg4n mengambil jnazah bayi untuk dik3bumikan.
“Kalau jnazah orang dewasa yang sudah dibungkus kemas, yang itu mereka ambil.
Tapi kalau macam bayi yang boleh didukung begini mereka tak nak,” katanya ketika dihubungi mStar.
Menurut Yunizam, wanita tersebut baru sahaja melahirkan bayi itu dan berita kem4tian anaknya belum sempat lagi dimaklumkan kepada suaminya.
Dia juga merupakan seorang pekerja ladang kelapa sawit yang terletak di Batu Sapi.
Suri rumah itu hanya mampu mengalirkan air mata dan menatap jsad anaknya sepanjang perjalanan pulang ke rumah yang mengambil masa kira-kira 25 minit dari hospital.
Yunizam berkata dia sempat menghulurkan sedikit bantuan wang kepada wanita tersebut untuk pengurusan jnazah yang akan dilakukan oleh keluarga mereka sendiri.
Dan berharap anak syurga itu dapat menolong kedua ibu bapanya kelak.
Tambah Yunizam, dia juga pernah membawa jnazah menggunakan kenderaan miliknya sendiri.
Dan ternyata tiada apa-apa yang pelik berlaku ke atas dirinya sehingga ke hari ini.
Wanita tersebut bimbang dikenakan caj yang tinggi jika menyewa van jenazah.
Ini menunjukkan betapa karutnya kepercayaan manusia tentang nasib m4lang yang bakal menimpa mereka jika membawa jnazah menggunakan kenderaan persendirian.
“Janganlah kita memilih kepada siapa kita mahu lakukan kebaikan. Kerana kita sendiri tidak tahu kebaikan yang mana satu akan dinilai tuhan.
“Bagi saya kalau sehari kita tidak melakukan kebaikan dalam kehidupan, itu adalah perkara yang sangat rugi,” ujarnya yang berasal dari Sandakan
Di ruangan komen, ramai berkongsi kisah masing-masing yang pernah berdepan pengalaman hampir sama.
“Pernah kena dengan keluarga saya dulu, anak mninggal masa lahir, terpaksa isi dalam beg ikut bas mini dari Tawau ke Semporna untuk dik3bumikan.
“Itu pun tanpa pengetahuan driver, sebab takut perkara beginilah, sudahlah orang tidak mampu,” tulis seorang netizen.
Selain itu, dalam masa terdekat ini dia juga akan melakukan pelbagai lagi aktiviti kebajikan seperti pengagihan barang dapur kepada golongan fakir miskin.
Sumber: mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!