Isu Keluarga

Masa Set Lakonan Laksamana DoReMi, Tindakkan P.Ramlee kpd Faizal Hussein

Ganggu Set Lakonan Laksamana Do Re Mi
Pelakon senior, Faizal Hussein ada berkongsi sebuah kisah lucu saat pertama kali bertemu dengan seniman agong, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Jelas Faizal, sewaktu dia masih berusia dalam lingkungan empat tahun, bapanya yang juga merupakan pelakon veteran, Allahyarham Hussein Abu Hassan.

Arwah ada membawanya ke lokasi pengambaran bagi filem komedi popular arahan Tan Sri P. Ramlee yang berjudul Laksmana Do Re Mi.

Katanya lagi, pada ketika itu, dia telah membuat satu kesilapan sehingga menyebabkan sesi pengambaran tersebut terpaksa dihentikan seketika.

“Sewaktu melakonkan filem Laksmana Do Re Mi, arwah bapa saya membawa watak sebagai Menteri Fasola.

“Dalam filem itu, ada satu babak yang memaparkan aksi pertempuran diantara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bersama bapa saya di dalam sebuah gua.

“Sewaktu mereka sedang mengadakan pengambaran babak tersebut, saya sebenarnya berada di belakang gua,” katanya kepada MH.


Ujarnya lagi, disebabkan terlalu teruja melihat prop dan replika gua yang telah dihasilkan oleh pihak produksi, Faizal dikatakan telah bertindak mengoyangkan gua tersebut.

Ianya dilakukan saat sesi pengambaran sedang berlangsung.

“Pada waktu itu, saya sangat terkesima dan kagum dengan cara mereka menyediakan set gua berkenaan .

“Rupanya mereka menggunakan cardboard untuk membentukkan gua tersebut kemudian ia di cat.

Pada bahagian belakang, rupanya mereka hanya meletakkan rangka-rangka kayu.

“Disebabkan terlalu teruja, saya pun goyangkan gua tu dan pada ketika itu P. Ramlee dan ayah saya tengah berlawan.

“Jadi mereka terpaksa hentikan shoot dan director pun jerit ‘cut… kenapa gua bergoyang’,” jelasnya lagi.


Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Bunohan ini dalam satu temu ramahnya bersama MH baru-baru ini.

Dalam pada itu, Faizal turut mendedahkan, sebaik sahaja sesi pengambaran filem tersebut berakhir, bapanya telah membawa dia untuk berjumpa dengan P. Ramlee.

“Lepas diorang periksa, mereka nampak saya dekat belakang gua. Muka saya pun blur sebab tak tahu apa yang terjadi.

“Selesai semua sesi pengambaran, bapa saya bawa berjumpa dengan P. Ramlee.
Kami bersalaman kemudian dia tegur saya fasal goyang gua tadi. Kemudian dia peluk saya.