Sejak dahulu lagi, kes kecurangan dalam rumah tangga seakan sudah menjadi satu situasi biasa.
Ini apabila ia berlaku di mana-mana sahaja malah, sering ditularkan di serata laman sosial.
Pada minggu pertama Januari 2021 sahaja, dijangka sekitar 50,000 pasangan akan memulakan kecurangan mereka.
Biarpun angka itu kedengaran mengarut, ia dibuktikan menerusi satu kajian berdasarkan pungutan data oleh IllicitEncounters.com yang juga laman web cari jodoh.
Dakwa laman web itu, Januari merupakan bulan paling sibuk untuk kes curang.
Malah, 120,000 kes curang dijangka direkodkan pada Januari 2021.
Kajian juga menunjukkan 6 Januari sebagai hari paling ramai orang berpisah dengan pasangan mereka.
Apa kurangnya aku pada kau?
Baru-baru ini, seorang lelaki di Indonesia kantoi curang apabila dia telah dicekup oleh isterinya sendiri.
Ianya ketika sedang berdua-duaan bersama wanita lain dipercayai sedang melakukan hubungan intim di bilik hotel.
Berdasarkan sebuah posting @martapurapedia di Instagram, dilihat seorang wanita berbaju hitam yang dipercayai isteri lelaki tebabit.
Dia telah memukul suaminya dimana waktu itu tidak sempat mengenakan pakaian di atas katil
Wanita itu menampar dan memukul bahu suaminya berkali-kali dengan penuh rasa marah sementara wanita berambut perang.
Dia didakwa kekasih gelap suaminya itu hanya menundukkan muka, cuba menghindari dari dirakam kamera..
“Ya Allah, apa kurangnya aku pada kau,” teriak si isteri sambil menampar suaminya tanpa henti.
Dalam pada itu, mereka sempat berbicara dengan satu sama lain dalam bahasa Jawa.
Difahamkan lagi, kekasih gelap lelaki tersebut mengaku dia tidak tahu-menahu bahawa lelaki yang ‘menidurinya’ itu merupakan suami orang.
“Aku tak tahu yang dia sudah beristeri,” kata wanita itu sambil berselindung di belakang lelaki terbabit.
Apa yang lebih menyakitkan hati adalah seperti tidak ada rasa bersalah langsung, si suami dilihat cuba menghalang isterinya daripada menyakiti wanita tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan lelaki tersebut dan menyuruh agar perbuatannya itu dilaporkan kepada pihak polis.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Jauhi Ziina
Habis tu, dorang ceraii ke tak
Patut dia bekap isteri dia, ni tak..
Kesian isteri dia penat jaga anak kat rumah
Hmm… Begitulah dunia akhir zaman. Kes curang macam dah jadi ‘normal’ dalam kalangan masyarakat.
Harapnya mereka dapat menyelesaikan konflik tersebut dengan cara baik.
KLIK INI UNTUK LIHAT VIDEO
“Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?” – Hamka
Sumber: Indozone, Instagram martapurapedia
