Isu Keluarga

2 bulan lepas aku kenal dengan sorang lelaki ni tapi tak sedap hati aku siasat  rupanya memang laki orang weh hancurnya hati aku anak dia dah ada 4 orang

Assalamualaikum, Hai geng, aku sedih sikit lately ni. Tak tahu nak luah kat sapa. Kisahnya gini, aku perempuan yang ada rupa umur 29. Aku ni takde laa terdesak nak kahwin bagi aku kalau betul ada jodoh aku, ada laa.

2 bulan lepas aku ada kenal dengan sorang lelaki ni aku nama kan dia AF laa okay. First kenal aku macam. elehh yeye je dia ni nak kat aku. Memang aku tak percaya lansung sampai laa dia tunjuk effort kaw2 aku macam.

ohh okay dia nak serious dengan aku. So dia pun minta izin jumpa fmly aku. Aku pun okay je laa mungkin memang jodoh aku. First kenal mula2 dia kata umur 32. Aku pun okay. Depan fmly aku dia kata umur 35.  Time tu aku pun macam hmmm.

Lepas dia balik tu sambil basuh pinggan kat dapur aku cakap dekat ibu, tak rasa umur dia 35. Nampak macam 40 & mungkin duda atau suami orang. Ibu macam biasa laa, nasihat jangan fikir bukan2 kalau dia nak main2 takkan nak datang jumpa.

Aku pun okay kan je laa, fikir positif. Bila dah lama2 kawan aku rasa dia macam pelik. Aku rasa macam digunakan. Asyik cerita masalah kewangan then aku bg je laa pinjam duit  aku rm3500. Sejak dari situ aku rasa macam digunakan.

Seriously. Aku macam eh asal aku senang2 boleh bagi. Dia kalau dekat tempat kerja okay je tau, boleh taxt call. Balik rumah ghaib weh. Susah gila nak balas taxt, jawab call. Aku memang pikir laki orang je dia ni. Bila aku tanya2 tak mengaku.

Siap play victim. Tak sedap hati aku siasat laa sendiri. Rupanya memang laki orang weh. Ya allah hancurnya hati aku. Anak dia dah ada 4 orang. Time aku tanya mati2 tak mengaku. Sumpah jangan cakap laa dah berapa kali.

Dari situ laa kantoi 1 1, pekerjaan dia, umur, status. Banyak laa lagi. Benda ni dah kantoi dekat seminggu tapi tak dapat settle lagi, aku stress weh. Berjanji macam2. Antara aku dengan dia kedua dua fmly tahu. Sekarang ni aku tertanya tanya.

Apa function fmly dia. Ko tahu anak ko masih ada bini asal diam je. Asal tak terus terang. Aku ni patung ke apa. Aku malu. Malu sangat dengan fmly. Kalau masalah ni antara aku dgn dia aku masih okay, libatkan fmly aku lemah sikit.

Tambah dia janji nak kahwin secepat yang mungkin, ibu dah buat persiapan. Aku nak cakap apa weh. Ya allah, migraine kepala hari2 fikir. Aku rasa ahad ni jumpa mesti aku tertumbok muka dia. Dah seminggu aku tahan sakit hati.

Hari2 aku solat mesti tanya apa lahh salah aku. Hidup asyik kena game je. Korang paham kan perasaan aku macam mana sekarang. Sedih wehh.

Leave a Reply

Your email address will not be published.