Isu Keluarga

Pada mulanya aku rasa bersalah nanti orang akan ingat aku ni punca dan jadi perampas tapi bekas tunang pempuan ni beri aku wasiat

Assalamualikum min, aku nak kongsi kisah kenalan aku ni untuk tatapan umum. Warga lob harap bersabar dengan dugaan yang aku nak sampaikan ini. Mula lah dengan bismillah. Pada asalnya kenalan aku ini baru lepas kecewa dengan tunangnya pada tahun lalu.

Punca kerana ego masing2. jadi macam aku ni. Hanyalah kawan sahaja. Dikala dia sedih akan cari dan luahkan pada aku. Aku jadi serba salah, cuma aku nasihatkan pulihkan kembali keadaan untuk hubungan mereka ni.  Lalu tak semena hubugan talian pertunangan mereka tu putus.

punca besar nya satu lagi kerana lelaki tu ada perempuan simpanan dan kenalan ramai perempuan juga jadi secara automatiknya perempuan ni pergi beralih arah kepada aku. Masa ni pun aku single jugalah dah lama putus cinta.

Pada mulanya aku rasa bersalah nanti orang akan ingat aku ni punca dan jadi perampas tapi bekas tunang pempuan ni beri aku wasiat, katanya ambil lah dia. Jagalah dia. Dia sahaja boleh memahami dan ikut kata kau.

Itulah kata2 nya dan dia tak salahkan aku punca mereka putus. Aku pun macam tergamam kejap. Tapi yela aku pun terima lah permintaan dia. Bak kata pak piee (JANGAN TENGOK2 SAHAJA) aku ambil alih dan jadi peganti kepada si lelaki tu. Maka bermulalah kisah aku dan pempuan ni.

Dari hari ke hari semakin sayang padamu. Apa sahaja yang kau mahu aku turutkan, itulah pegorbanan yang aku lakukan untuknya. Tapi aku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Dia semakin hari semakin berubah dan berubah tak sama sperti yang aku kenal seblum ni. Aku dah buat dia happy tapi satu hari tu dia bandingkan aku dgn orag lain. Kawan lelaki lain yang dia kenal. Aku ni mula membosankan dirinya.

Tapi aku cuba usahakan lain agar dia nampak kesungguhan aku. Aku buat kejutan yang mana bila pempuan mana2 pun akan gembira dengar perkara ni.

Akhirnya aku melamar dengan dengan bismillh dan sebentuk cincin mulanya terima tapi tak lama 2 hari lepas tu dia pulangkan kembali katanya dia tak boleh terima aku kerana dianggap teman mesra sahaja.

Aku cuba pujuk2 lagi dan beri dia kembali cicin tu tapi aku lihat dia dgn orag lain pula. Dan pulangkan balik pada aku. Aku dah habis usaha dan tawakal lalu aku redha lah dengan keadaan begitu.

Aku ambil cincin tu dengan kalimah bismillah. Dan aku pesanya padanya. TERIMA KASIH SEGALANYA.. walaupun hanya seketika cuma. sehingga ke hari ini aku simpan lagi cincin tu sebagai kenangan pahit kat situ.  Itulah tanda kekuatan dan semangat aku.

Tapi semuanya luluh dan hancur segalanya. Itulah terakhir pintu hati aku untuknya. Aku bagaikan tiada muka nak letak mana. kawan2 keluarga sanak saudara. Tipu kalau tak mengalir airmata. kalau dah namnaya manusia baik laki atau pempuan.

Sedih tu takkn berganjak kalau tak di sakiti. Perasaan aku dia tak fikir bagaimana nak letak. Tapi selama ni aku jadi alat untuk dia rawat luka lama luka aku yang lama dah baik. kembali luka lama. semakin pedih dan amat menyakitkan.. Dan aku terus bawa diri dari hidupnya. Selamat tinggal dikau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *