Hai admin tolong post tq. korang aku nk share sikit tentang kesulitan yang aku alami sekarang ni. Bagu lelaki korang boleh terima tak duduk sekali dengan mertua? Mcm aku. Dari dulu aku duduk dengan mak ayah aku.
Abang2 aku semua dh brkahwin dan jarang ambik tahu pasal mak ayah aku ni. So semua benda aku yang uruskn. Mak ayah aku dah tak mampu untk berkeja.
Duit pn baitulmal yang bagi tapi alhamdulillah walaupun gaji aku tak banyak tapi tak penah lagila h kitaorg tak cukup makan.
Cuma kadang aku rasa penat sangat sebab aku yang uruskn semua kemas umh masak keja lagi. Dengan keadaan aku sekarang mak ayah aku suruh aku kahwin.
Kalau dulu sebelum aku rapat dengan bf aku pernah cakap dengan dia bil kahwin nanti boleh tak tinggal sekali dengan mak ayah aku. Pada mulanya dia terima.
Tapi bila dah lama tu dia mula cari rumah sewa untuk kami duduk selepas bkahwin.. katanya dia segan dengan mak ayah aku.
So masa tu aku fikir tak pelah mak aku pun izinkan aku duk tempat lain walaupun sedih. Diorang terpaksa terima. Janji anak perempuan kesayangan dia ni bernikah.
Sebab tu je impian mereka. Tapi sekarng mak aku dah mula lupa biasalh orang tua. Ubat pn dia lupa nak makan. Nak masak pun dia lupa cara nak masak.
Banyak bendalh dia lupa so aku jadi risau. Macam mane aku nak tinggalkn mereka dengan keadaan mereka begitu rasa keberatan nak tingglkn mereka.
So aku belum cakap dengan bf aku pasal bnda ni ssbab aku tengok dia dh mula beli barang kelengkapan umh. So senang nanti aku msuk goyang kaki je.
Dia ni walupn muda dri aku tapi dia seorang yang matang wlupn aku perangai mcm budak2. kita org pernah gaduh sebelumm ni aku tak tahulah dia lelaki yang baik tapi aku selalu rasa dia layak dapat yang lagi baik sebab aku tak nak dia rasa terbeban dengan fmly aku.
Aku selalu merajuk dengan dia tapi dia selalu beralah dengan aku. Baru2 ni aku ada merajuk dengan dia sampai sekarang dia takcari aku dh. Mungkin dia dh penat layan perangai aku ni.
Sama ada dia dh tinggalkn aku ataw blm entahlh aku plk tak cari dia sebabkan masalah yang aku hadapi sekarang. So patut tak aku biarkan dia pergi dan abaikan kebahagian aku demi kedua org tua aku.
Walaupn aku akan menyesal kehilangan lelaki sebaik dia kalau sampai sini je jodoh kami. Aku doakan semoga dia dapat perempuan jauh lagi baik dri aku. Aku redha, kalau dia dh tinggalkn aku. Aku tak kan cari atau tnya knapa dia pergi tinggalkan aku. aku cuma nak dia bahagia. Salah ke keputusan aku ni?