Isu Keluarga

Baru2 ni kawan baik gf aku dah nak kawen waktu terdekat ni gf aku tanya la aku bila boleh kawen kalau lama2 sangat ni tak baik.

Salam admin and warga lob sekalian
Aku umur 26 dan gf aku umur 24. Hubungan kami hmpir nak masuk 3 tahun. Kami ada plan nak kahwin and dh start simpan duit kawin dari 2019.

Time raya tahun sebelum ni ada sekali aku bawa gf aku jumpa mak aku bagi kenal sembang2 macamtu ja la tapi mak aku tak ramah sangat dengan dia. Lepas aku nak hantar gf aku balik.

Mak aku pesan alang2 nak keluar tu hantar sekali kuih dekat tempat kerja kak aku ada buat jamuan raya. So aku dengan gf aku gi tempat kerja kak aku. Masa dah sampai tu aku terus bagi kuih dekat kak aku sebab nak hantar gf aku balik pulak lak.

so gf aku tak turun duk dalam keta ja. Lepas dh hantar gf aku balik. Aku terus balik umh. Aku sembang dengan mak aku cakap carilah orang kerja kerajaan. salah sorang pun takpa dah.

Maklumla kak aku dah kawin kerja kerajaan senang lepas buat loan rumah. pastu mak aku bagitau yg kak aku cakap gf aku sombong tak turun keta senyum salam pun tidak.

Aku macam aduhai bnda tu pun bleh jdi isu. lama jgaklaa aku tak bertegur ckp dengan kak aku. Tapi dah lama sikit tu aku okay balik.  Masa pkp 1.0, ramai org nikah so aku slow talk la dgn mak aku, kalau nak kawen wktu pkp ni jimat.

Pastu mak aku ckp bagi dpt kerja stabil atau kerja kerajaan dulu. Aku diam ja la. Dalam hati aku ckp smpai bila2 tak leh kahwin nak tnggu dapat kerja kerajaan. Bukan tak apply. Penat dh haa nak apply.

Aku dgn gf aku kerja kilang biasa ja tapi tiap2 bulan aku tak miss bgi duit kat mak aku. Abg aku (belum kahwin) pun duk bagi juga duit kat mak aku tiap bulan.

Memandangkan abah aku tak duduk umah skali sebb abah aku buat perangai ada permpuan and memang tak amik tau apa2 kat umh so duit apa smua kt umh harap dekat anak laki2 dia.

Aku bukan bongsu dan ada adik prmpuan lgi sorang  Jadi aku cari hari lain pulak nk slow talk dengan mak aku nak kahwin. Pastu mak aku ckp ada duit ka nak kwin, lepas kawin nak duduk mna, nnti dh ada anak mcmna banyk nk pkai duit.

Pastu aku cakap la kat mak aku tak apa kami bleh fikir bnda tu nanti ada plan. Mak aku diam ja. Pastu mak aku tukar topik lain. Dalam hati aku cakap , mak aku tak nak lepas aku kawin ka atau tak suka dengn pilihan aku. Hmmm sedih aku.

Baru2 ni kawan baik gf aku dah nak kawen waktu terdekat ni gf aku tanya la aku bila boleh kawen kalau lama2 sangat ni tak baik. kawan baik dia lagi sebulan nak kahwin. Kenai tak smpai setahun pun.

gf aku ckp sambil keluar air mata “Kita ni nk msuk 3 tahun masih trgntung lgi “.Aku rsa bersalah bila dia cakap mcaamtu and rsa sakit macam putus cinta pun ada. Aku explain dekat dia fmly aku ada problem ha. pastu dia ckp sampai bila.?

Aku pun tak tahu nak cakap macam mana . hmm Satu hari kami ksluar sama2 aku ckp kt dia mak susah nak bgi kahwin so aku decide berpisah tak nak siksa hati dia bertahun tahun lgi dengan aku sia2 harap dpt cepat dapat jodoh n kahwin better drpd aku.

Keluar air mata dia menangis and airmata aku kluar skali . Kami sekarang tgh mnunggu hari sesuai untuk betul2 buat haluan masing2 lepas ni. Mohon pendapat kalian. Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published.