Isu Keluarga

Crush aku ni sudahpun berkahwin dan sudah ada anak 2 orang dan sekarang menjadi ibu tunggal sejak tahun lepas

Salam semua. Aku bujang umur 25. memang dah sesuai masa untuk berkahwin.  Aku ada seorang crush yang aku pendam sejak zaman sekolah menengah lagi dan berlarutan sampai la ke harini.

Crush aku ni sudahpun berkahwin dan sudah ada anak 2 orang dan sekarang menjadi ibu tunggal sejak tahun lepas. Sebelum dia kawin, aku dah pernah luahkan isi hati  aku berkali2 dekat dia dan aku kena friendzone (sebenarnya dia ramai peminat)

Dan kini bila dia dah jadi ibu tunggal sejak tahun lepas aku cuba approach dia balik dan nyatakan hasrat aku untuk bernikah dengan dia, jawapannya tetap sama, dia tanak terima aku melainkan berkawan baik..

so sejak dari tu, kami mula berkawan baik sampai la masing masing ishtihar yang kami ni BFF (best friend forever).  Susah bangun senang dia, aku sentiasa ada. Bila dia perlukan aku, aku sentiasa menemani hidup dia.

Senang kata kami ni dah ibarat belangkas sehinggakan hal dalam kelambu dia pun dia pernah ceritakan pada aku sebab dia dah terlalu percayakan aku. kami keluar sama sama dan lepak sampai overnight.

tapi sepanjang perkenalan kami, ketika berjumpa, aku tak pernah amik kesempatan dekat dia sebab selagi boleh pikat isi hati dia, aku cuba nak halalkan dia. Sangat rugi kalau kami buat hal bukan2 sebab dia crush aku dan aku sangat nak halalkan dia secara baik. So far aku ok.

sejak dari tu kami dah mula berborak yang tak sepatutnya disebabkan masing masing dah melayan dan percaya pada masing2. akhirnya aku tersedar, aku nyatakan hasrat aku semula untuk halalkan dia dalam hidup aku. tetapi tetap kena reject.

Entah mana silapnya sampai la suatu haritu aku suruh dia delete segala perbualan kami yang lepas dalam whatapps. Kami pernah kongsi gambar tak senonoh kami berdua tanpa segan silu, dan nampaknya dia seperti dahagakan kasih sayang terutamanya layanan dari lelaki.

sampaikan dia bersetuju untuk melakukan hubungan dengan aku ( dia bercerai sebab suami dingin dekat dia tanpa nafkah baten bertahun2). Lepas tersedar, aku cepat2 istigfar sebabkan niat asal aku dah tak sama macam apa yang berlaku sekarang.

so aku decide untuk melamar dia dan kena reject lagi.  untuk pengetahuan, aku dan dia seorang yang menjaga solat dan dia adalah seorang guru mengajar agama di sekolah arab. Tapi itu la, sehebat mana pun iman, bab nafsu masing2 kecundang.

Disebabkan marah, aku save nama dia
” placo high class”. Aku save nama dia masa mula pkp march dulu.. tetapi sampai sekarang kami masih berkawan baik sebagai BFF sampai la aku betul2 menyesal dan suruh dia clearkan segala conversation kami dari mula dia menjanda tahun lepas.

kemudian aku tunjukkan bukti screenshot conversation kami  dekat dia tapi malangnya aku tertunjuk sekali nama yang aku save tu.  Masa ni dia mengamuk dan sangat2 marahkan aku.

Sejak dari tu awal bulan oktober, aku pujuk rayu setiap hari pagi petang siang malam tanpa jemu sehinggalah saat aku menulis ni, aku sangat2 menyesal. Pujuk rayu aku tak diterima dan langsung tak berbalas sehingga sekarang.

Niat aku tetap sama,perasaan aku tak pernah berubah dekat dia. Bayang kan lah hampir 13 tahun aku memendam rasa cinta dekat dia, ini pengakhirannya hanya kerana nama yang aku save.

Aku memang tak pernah move on dan sangat susah untuk move on dekat dia sebab dia tu first love n cinta pandang pertama aku.

pujuk rayu aku langsung tak diterima, call, whatapps, videocall, audio call, mesej sms sememangnya tak dibalas langsung. Aku agak dia memang sangat kecewa dengan perbuatan aku save nama dia camtu. Merajuknya dah tahap tak boleh bawak bincang.

<span;>Memang kami sama sama pernah buat silap, cuma sekarang ni aku nak perbetulkan balik. Aku tak minta dikecam cuma ingin mohon pendapat pada pembaca cara nak lembutkan hati dia supaya terima aku balik sebagai kawan rapat.

hanya kerana marahkan dia ( aku memendam rasa kecewa sebab di reject) aku save namanya macam tu padahal selama ni kami berkawan baik sangat macam belangkas.

mohon pendapat jika KORANG JADI DIA, perkara apa patut aku lakukan untuk lembutkan hati dia untuk terima aku balik..tak kawin pun takpe asalkan kami berkawan baik semula.

Secara jujur, aku sangat mencintai dia dan perasaan aku dekat dia tak pernah berubah. Aku setia pada perkenalan kami. terima kasih admin sebab siarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *