Isu Keluarga

Selepas aku tinggalkan haris aku bercinta pula dengan Imran dan disini bermulanya kisah duka aku bercinta dengan Imran ni 3 tahun dan pelbagai benda yang berlaku dari benda baik dan yang tak baik

Assalamualaikum dan hai semua. Aku ingin memaafkan tapi aku tak ikhlas dan tak mampu. 1st sekali aku harap admin hide fb kawan aku ni tak pasal kalau korang tahu fb dia korang kecam pulak. aku percaya admin mesti hide aku.

Aku kenalkan diri aku sebagai “kakak pemalu” aku berusia pertengahan 20an dan merupakan lepasan ijazah di sebuah universiti di negeri pantai timur. aku ingin bertanya semua yang membaca bagaimana cara untuk aku memaafkan seseorang walaupun dia tak pernah meminta maaf kat aku?

Sebelum menyambung pengajian aku ada hubungan dengan dengan Haris (bukan nama sebenar) yang amat sayang kat aku tapi ye la aku masa tu bdoh sebab tinggalkan dia n aku percaya apa yang berlaku juga merupakan kifarah Allah kat aku.

Lepas aku tinggalkan haris aku bercinta dengan Imran (bukan nama sebenar) dan ini bermulanya kisah duka aku bercinta dengan Imran ni 3 tahun dan pelbagai benda yang berlaku dari benda baik sampai la benda tak baik.

biasa la budak U jauh dari family macam-macam benda boleh terjadi and aku mengaku aku bdoh.. aku mengaku AKU MEMANG BD0. tapi dengan nama Allah aku bertaubat dan tak pernah ulang lagi benda terkutuk tu.

Aku berkorban macam-macam dia cakap dia taka da duit aku pinjamkan, aku masakkan bekal untuk dia g kerja waktu hujung bulan, aku ajak dia makan kt kedai benda yang dia teringin nak makan waktu dia takda duit.

Aku tolong dia letak minyak kereta untuk dia g kerja, aku selalu cakap pasal kawin n dia selalu cakap dia tak cukup duit n selalu mengelak.. family aku pernah jumpa Imran waktu diaorg datang melawat aku kat tempat belajar n family aku sayang kat Imran terutamanya ayah aku.

Aku pernah cakap kat family aku yang kitaorg plan nak kawin tapi Imran tak cukup duit n ayah aku cakap tak pe bagi je berapa imran ada janji dia ikhlas nak jaga aku…

Habis je belajar aku balik ke tempat asal aku di sebuah negeri yang agak jauh n mengambil masa 5 jam perjalan untuk dia datang kat tempat aku, 3bulan pertama okay lagi selalu videocall, call setiap malam, mesej dan aku rasa semua akan okay…

waktu birthday dia aku ada order surprise delivery untuk dia, tapi time birthday aku, ucapan pun tak ada yeah aku kecewa tapi aku fikir benda tu kecik je so aku tak nak ambik pusing benda yang remeh.

aku pujuk hati aku aku menangis sendiri aku. masuk bulan ke 4 dia dah lain aku call tak angkat kadang2 waiting tapi aku tetap percaya kat imran yang dia setia dengan aku.

Kemuncak segala musnahnya percintaan aku ni bila aku terdetik untuk stalk kakak fb kakak dia pada pukul 12:00am and aku nampak gambar dia nikah. gambar dia tersenyum diatas pelamin dengan perempuan lain.

hati aku remuk, hancur yang hanya Allah saja tahu macam mana perasaan aku. aku terus whatsapp dia tanya apa semua nie and tanpa belas kasihan dia block aku. aku call dia dia reject call aku.

aku terduduk menangis. aku rasa aku tak mampu nak harungi segala ujian yang Allah bagi kat aku. until now dia tak pernah minta maaf atau bagi penjelasan kat aku.

mak n ayah aku dengar aku menagis terus diaorg datang bilik and tanya sebab aku bagitahu yang Imran dah pun berkawin. mak n ayah aku menangis teruk n masa tu juga ayah aku kena serangan jantung n ayah aku koma 2minggu.

aku dibuang keluarga sampai aku membawa diri ke sebuah pulau n kerja kat sana. alhamdulillah family aku terima aku seadanya aku dan maafkan aku. Aku bersyukur family aku terima anak dia yang kotor n jahil ni.

aku nak tanya pendapat korang patut ke aku maafkan Imran walaupun dia tak pernah minta maaf kat aku. jujur aku katakan yang hidup aku tak tenang, dan aku tak mampu nak maafkan dia dengan ikhlas.

aku jahat bila aku pernah berdoa yang dia tak akan bahagia dan aku juga doakan dia rasa kecewanya dikhianati macam mana dia buat kat aku tapi tak pernah doakan isteri dia tak bahagia biar Imran seorang je tak bahagia, sebab bagi aku isteri dia tak salah…

berdosakah aku kerana tak mampu nak memaafkan Imran? Tak bau syurga ke aku kerana tak mampu nk maafkan dia??? Neraka ke tempat aku kerana mendoakan balasan keatas Imran setelah apa yang dia buat kat aku?

Kalau korang tahu cara untuk dapat aku memaafkan Imran secara ikhlas n melupakan apa yang dia buat tolonglah beri aku tunjuk ajar sesungguhnya aku hanya hamba Allah yang jahil dan keji yang ingin ketenangan dalam hidup.

Maaf andai penulisan aku agak Panjang dan berterabur aku tak pandai karang ayat Yang benar kakak pemalu. Thanks admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *