Isu Keluarga

Baru2 ni dia ada whatsapp saya untuk wish birthday saya dan masa tu berfikir mungkin dia nak sambung balik hubungan yang dah terputus

Assalamualaikum warga LOB. Admin tolong hide profile saya. Saya nak mintak pendapat dan nasihat. Saya seorang perempuan. Pertengahan 20an. Saya ada berkenalan dan bercinta dengan seorang lelaki hampir 9 tahun.

Tetapi disebabkan tidak mendapat restu dari keluarga pihak saya hubungan kami terputus pada tahun lepas. Hampir setahun dia menghilangkan diri.

Baru2 ni dia ada whatsapp saya untuk wish birthday saya dan masa tu fikir mungkin dia nak sambung balik hubungan yang dah terputus, tapi rupanya dia dalam proses berkenalan dengan wanita lain.

Hancur luluh hati saya. Selama setahun menunggu. Saya sedapkan hati yang mungkin dia sedang mempersiapkan diri. Tapi janji yang dia taburkan semua dusta. Hubungan kami 8 tahun dulu, baik baik saja. Masuk tahun ke 9 semua sudah berubah.

Perjumpaan 2 buah keluarga dah pun dibuat. Tetapi tidak mendapat persetujuan penuh dari pihak saya. Saya faham bukan mudah seorang ayah untuk lepaskan anak perempuan. Saya meminta sedikit masa untuk memujuk. Tapi tak semua yang kita inginkan kita boleh dapat.

Jadi saya nak mintak pandangan dan nasihat. Untuk pujuk hati, untuk reda dengan takdir. Atau perlu ke saya fight untuk hubungan ni. Tak mudah nak lupakan semua kenangan dulu. Maaf kalau ayat saya kurang menarik. Dah lama tak praktis buat essay. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.