Asslamualaikum min. Aku nak luahkan perasaan yang amat memilukan hati. pernah aku berkenalan dengan seorang perempuan ni aku dah bercinta hampir 2 tahun dalam percintaan itu aku telah banyak berkorban masa dan perasaan padanya.
Pada awalnya semua baik2 sahaja tapi setelah menjelang hari yang buruk bagi aku bila aku hadir ke rumahnya siap buat kejutan untuk aku melamarnya dengan niat ingin mendirikan masjid. sebab sebelum ni aku pernah beritahu dia.
dalam masa terdekat ini. Aku akan melamarnya. Dia gembira dan suka dengan keputusan yang aku rancang. Lalu aku terus belikan cincin untuk tanda ikatan yang sah. Setiba malam itu aku hadir ke rumahnya. Aku nak buat kejutan tanpa aku beritahu kehadiran aku waktu itu.
Dalam 5 minit aku tunggu diluar rumahnya dia pun terkejut terlihat aku diluar lalu dia bertanya aku bila sampai dan sebagainya. Dalam masa yang sama dia telah pun bersiap siap untuk keluar katanya.. aku pun tak mengapalah.
Sekadar sebentar sahaja. Hadir ke rumahnya tiba2 ada sebiji kereta datang juga kerumahnya dan tegur awek aku yang ni dah siap ke untuk keluar. Aku pun tanya pada awek aku siapa lelaki tu. Dia kata.
Sepupunya nak bawa pergi majlis doa selamat dan laki tu pun lambai pada aku jadi aku pun izinkan lah dia pergi. Yala dia ada beritahu juga seblum ni dia ada sepupu rapat. Jadi aku tak syak apa2. Setelah dia siap2 tu.
Aku belum tunjukan cincin tu lagi. Sebab rasanya dia nak cepat. Tapi kata kata dia yang terakhir pada malam tu. Dia sebut pada aku depan lelaki tu.. DIA BAHASAKAN DIRINYA PADA AKU. “ADIK” ku tergamam kejap. kenapa tiba2 dia keluarkan kata2 begitu pada aku.
Aku mula sangsi. Aku rasa itulah kekasih barunya yang dia kata pada aku. Sepupu tapi sebenarnya tidak. Pedih min. Retak hati ni tapi aku jenis tak melatah. Aku senyum sahaja. Dalam senyum itu segala lelah segala pegorbanan tu.
Macam tak berharga ketika itu. Lalu mereka pun pergi tanpa memikirkan aku sendirian disana. Aku tersentap. Pertama kali air mata jantan aku ni mengalir dengan kesejukan dengan kepenatan waktu malam itu kerana aku balik dari kerja.
bersiap untuk berikan kejutan namun aku dikejutkan dengan kepalsuan cinta ini. Cincin tu aku masih simpan walaupun sudah bertahun lamanya. Dalam keadaan sebak tu. Aku tak henti henti mengalir airmata atas motor dengan badan aku tak berdaya pula gerimis mengundang.
Aku menggigil seluruh tubuh badan. Sehingga saat itu pada malam itu. .aku tengok mesej aku telah di block olehnya tanpa khabar berita. Dan keesokanya aku mendapat kecela kaan di tempat kerja dan alami kecederaan yang serius. Hingga sekarang ini aku tak beritahu dia. Sehingga aku pulih kembali