Isu Keluarga

Pasal duit pulak aku tahu aku tak patut nak bersuara pasal ni tapi apa yang telah aku nampak dia suka habiskan duit dengan beli barang motor.

Hi min. Tolong hide profile aku. Aku perempuan yg cuma bekerja kedai makan family aku.. Aku nak share sikit pasal bf aku yg selama ni dia banyak spill the tea pasal aku dekat kawan kawan dia.

Btw umur kami sebaya 22thn. Aku bukan jenis nak bercerita pada semua orang pasal privacy aku. Aku cuma luah pada sorang je kawan baik aku.. tu pun aku dah anggap dia macam kakak sendiri. Selalu bagi nasihat, teguran semua.

Tapi bf aku pulak bila kami bergaduh, dia mula bercerita kat kawan kawan dia semua pasal aku. Dia cerita semua silap aku je min.. Silap dia ? tak cerita pun. Then semua kawan dia assume aku je yg teruk.

Aku ni yg banyak makan hati sejak kenal dengan dia. Bila lami keluar bersama pastu nampak perempuan cantik dia laju je toleh then terus bukak mata besar besar tunjuk kat aku. Benda ni perlu ke bagi dia ?

Kalau nak cakap benda ni dia hanya nak bergurau, tapi perlu ke sampai 4 5 kali ? Aku pun ada hati perasaan. Ye yg dia pandang tu perempuan lagi lawa n bergaya dari aku.

Dia cerita kat kawan kawan dia yg aku chat dengan lelaki lain. Actually dia pun chat perempuan lain jugak, siap ajak gurau, caring pasal perempuan tu, n dia still lagi cari ex-gf sampai “follow” dekat instagram bagai.

Dia buat boleh pulak. Tapi yg teruknya aku je kat mata kawan kawan dia..  Dia kata aku banyak mengungkit salah dia. Yelah dah 10x aku remind benda sama. Dia masih lagi buat.

Takkan aku nak biar je tutup sebelah mata ? Banyak kali aku bergaduh dengan dia kat public. Dia tunjuk marah dia kat aku. Dia sikit takde rasa malu depan orang ramai.

Yang aku ni duk cover lagi taknak nampak yg kami tengah gaduh.. Then bila masuk dalam kereta dia tarik tarik tangan aku. Sampai campak barang dekat muka aku.

Takde pun dia cerita pasal ni kat kawan kawan dia min. Sebab dah terang terang salah dia. Tapi sampai skrg aku diam

Pasal duit pulak aku tahu aku tak patut nak bersuara pasal ni tapi apa yang aku nampak dia suka habiskan duit dengan beli barang motor. Satu barang je dah cecah ratus.

baru baru ni dia beli motor nvx pulak. Sedangkan dia ada je motor LC. Aku bising pasal benda ni kat dia. Yelah, dia kata nak kahwin dengan aku. Target kami nak kahwin umur 25.

Tapi duit tu habiskan kat mana ? Bukan main lagi dia cakap nak beli rumah, beli kereta untuk masa depan. Tapi duitnya habis ke motor saja..

dia pernah cakap kat aku, bila dah kahwin nanti pun dia akan minat dengan dunia permotoran ni. Dia suruh aku faham dia and masuk dalam minat dia jugak.. Now target dia nak beli helmet yg harga RM600+

Dari awal aku kenal dia yg kerja gaji hanya 1.8k.. sampai dia tukar kerja skrg gaji 3k.. aku tak pernah berkira pasal duit. Banyak dah aku belanja dia makan. Baju kasut jam tangan..

even aku kerja dengan family je. Aku ada buat 2 saving. Saving asb & saving yg aku simpan sendiri.. Ni semua untuk masa depan aku

Actually ada je lagi aku nak share. Tapi cukup sampai sini je. Now korang tolong aku nilai, perlu ke aku stay dengan bf aku.? thanks

Leave a Reply

Your email address will not be published.