Isu Keluarga

Sepanjang saya bersama dengan dia sekali pun saya tak pernah sekalipun berborak Benda  mengarut yang boleh mencemar kehormatan dan maruah dia

Salam min, mohon hide profile saya. Saya cuma nak luah dan minta pendapat semua ibu dan bapa sekalian yang ada anak perempuan dewasa, saya ada seorang teman wanita yang baik akhlaknya dan saya ni hanyalah lelaki yang biasa2 saja.

Saya betul cintakan dia tetapi cinta saya tidak kesampaian kerana kedua orang tua mereka tak merestui hubungan saya dan dia even berkawan pon mereka tak bagi.

Dua tahun saya bercinta dengan dia tidak pernah sekalipun saya ambil kesempatan ke atasnya. Niat saya memang betul2 nak jaga maruah dan kehormatan dia sampai dia jadi isteri saya yang sah dan tak pernah juga terlintas di fikiran saya untuk merosakkan dia.

Saya sayang dia sebab dia selalu ajar dan memperbetulkan tajwid bacaan al- Quran saya dan selalu berpesan pada kebaikan. Saya selalu berusaha kerja dan kumpul duit untuk halalkan dia selepas dia habis belajar.

Sepanjang saya bersama dengan dia sekali pun saya tak pernah sekalipun berborak Benda  mengarut yang boleh mencemar kehormatan dan maruah dia kerana saya ikhlas sayang dia kerana Allah dan betul2 nak jadikan dia isteri saya.

Bila ibunya whastapp saya cakap saya dah tak boleh berhubung lagi dgn dia, saya rasa down sangat min seolah olah usaha saya untuk jaga dia sampai halal musnah.

Saya dah terangkan semua niat saya pada orang tuanya pon tetap mereka tak terima min. First time air mata lelaki saya keluar min bila orang tua mereka cakap saya dah tak boleh berhubung dengan anak dia.

Jadi saya nak minta kata2 semangat  daripada semua orang agar saya dapat move on walaupun hati ini rasa berat sangat nak lupakan dia. Terima kasih min.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *