Assalamualaikum admin..mohon hide ya, terima kasih min. Mohon pendapat dan pandangan. Saya baru berkenalan melalui online. Hanya berkawan dan biasalah ada usik-mengusik.
Sebulan lepas itu berjumpa terus terlanjur kami terlanjur tapi bukan dengan kerelaan dua-dua pihak. Si dia menyesal dan berkata tak nak ulangi lagi. Dua minggu kami berjumpa lagi saya yakin dia sudah tekad dengan pendiriannya.
tapi malangnya kejadian itu berulang lagi dan bukan atas kerelaan saya. Bak kata si lelaki “tak kan dah berubah 360 lepas apa yang dah jadi sebelum nie. Selepas itu Setiap kali selepas bertemu pasti akan ada perbalahan sehingga menimbulkan tanda tanya.
Then seminggu lepas kejadian bertemu semua dan kali ini si dia hanya melayan sahaja saya seperti tiada apa-apa yang berlaku (seperti merelakan). Selepas malam kejadian berlaku perbalahan yang berlarutan.
Sehinggakan pada satu malam si dia menyatakan “baru sahaja nikah tadi atas pilihan keluarga”. Saya trrkedu dan bertanya “habis tu apa yg berlaku antara kita sebelum nie hanyalah suka2” si si dia berkata “tidak, bukan macam tu..”.
Berkali-kali si dia meminta maaf. (family si dia dan isterinya adalah dari orang yang menjaga agama. Kenapa si dia mempermainkan perasaan saya & tidak berterus terang sedangkan dia tahu dirinya akan bernikah pada minggu depan? Ikut hati saya pergi cari mak si lelaki & bagi tahu apa yang dah berlaku.