Isu Keluarga

Pada mulanya A sangat baik serta mengambil berat tentang pekerja sehinggakan kami menjadi rapat sangat.

salam min.. hide kt fb ni. tq min.  saya kenalkan diri  saya berasal Dari felda di Perak, seorg janda anak 4 dan bekerja sebagai kerani di kilang.. kisah saya begini.

Awal tahun ni,  saya baru mendpt kerja di kilang dan mula berkenalan dengan majikan saya, seorg suami orang yang saya gelarkan A.

Pada mulanya A sangat baik serta mengambil berat tentang pekerja dan kami menjadi rapat setelah A meluahkan masalah rumahtangga nya dimana beliau memberitahu bahawa beliau sudah tidak tinggal sebumbung dengan isterinya semenjak dr bulan 8 tahun lepas..

A mempunyai seorg anak perempuan dimana dikatakan dibawah jagaan beliau dan beliau menetap bersama dengan keluarga beliau.. perhubungan kami semakin serius apabila musim pkp dimana beliau working from home dan sentiasa menghubungi saya..

saya pon tidak mengesyaki apa2 kerana beliau sentiasa menghubungi saya, pagi, tghari, ptg dan malam.. saya cuba menguji dengan meminta wang drp nya, beliau memberikan rm200 pd bulan ke 2 perkenalan kami..

gaji A agak byk serta mempunyai kereta berjenama serta motosikal besar.. utk pengetahuan, A juga membayarkan zakat fitrah utk kami anak beranak pd bulan puasa hari tu..

setiap kali sahur, A akan menghubungi saya, kejutkan saya, lepas sahur kami sembang2 lg.. jd, memang saya beranggapan A bakal menjadi seorg duda.

Pada hari raya pertama, saya bertanya kepada A, isteri tak datang ke beraya dengan anak, jwpn A,  tidak sbb isterinya sudah tidak pedulikan dia dan anak.. tetapi pd keesokkan harinya, saya dikejutkan dengan berita yg betul2 buat hati saya sedih dan hiba..

Sedang kami berbual pd pagi raya ke2, tiba2 isteri A merampas telefon A dan bawa hp ke bilik lain, saya mendengar pergelutan A dengan isterinya, kemudian isterinya maki hamun saya..

rupa2nya saya ditipu oleh A, kenyataannya adalah, mereka tidak mempunyai sebarang masalah, masih tgl sebumbung dan masih bersama.. saya ckp dekat A, pergi la kt wife, wife masih sayang kt A tp jawapan A bt saya keliru..

A ckp dia sayangkan saya seorang dan sudah tidak mempunyai hati terhadap isterinya.. isteri A ada menghubungi saya dan meminta saya memutuskan sebarang komunikasi dengan A, saya ckp baik dan saya akan block.

tetapi sehingga sekarang, kami masih berhubung tanpa pengetahuan isteri A.. dan isteri A ada suruh memulangkan semula duit yg telah diberikan oleh A kepada saya, tetapi A ckp, tak payah pulang balik..

saya jd keliru dan tidak tahu nk berbuat apa.. adakah halal duit yg saya terima itu? patut ke saya pulangkan balik kepada isteri A? Saya mengaku, saya juga sudah sayang sgt2 dekat A.. mohon pendapat semua.. terima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *