Isu Keluarga

Saya gadis berusia 30an yang belum berkahwin dan masih tinggal bersama keluarga sebenarnya saya stress hidup dengan orang yang dengki dengan saya

Assalamualaikum hai warga LOB.. Saya nak share sikit luahan hati. Saya penat memendam. Saya gadis berusia 30an belum brkhwin dan masih tinggal brsama keluarga  Sebenarnya saya stress hidup dengan orang yang dengki dengan saya.

Stress saya ni sampai saya jumpa pakar psikiatri dan kaunselor.  Saya sakit selepas kemalangan tahun 2012 lepas dan sekarang dah jadi oku penglihatan sebab mata kanan dah tak nampak.

Sampai sekarang masih ada lagi effect kemalangan ke atas diri saya dan berulang follow up ke hospital. Sebab tu doktor nasihatkan saya jangan  stress..

Punca saya stress adalah mak saya.. Macam2 dah dia buat dan kata kat saya.
Dia suka cari pasal dengan saya. Ada ja yang tak kena di mata dia.

Saya tolong buat kerja umah, dikatakan saya ambil tanggungjawab dia.. Saya sakit dikatakan saya sakit buat2. Bila saya tak tolong, dikatakan saya ni malas.. Saya rasa tawar hati nak tolong dia.

Saya tak kerja disebabkan kesihatan saya. Ayah pun tak izinkan saya kerja. Alhamdulillah baru ni saya dapat tawaran mengajar tuisyen sementara.

Saya dapat gaji tak seberapa, saya bagi kat mak ayah dan saya belanja makan. Perangai mak yang betul2 buat saya terasa hati dan geram adalah dia sorokkan makanan dari saya makan.

Pas tu dia buruk2 kan pasal  saya kat adik² sampai adik2 tak bercakap dengan saya dan mengata saya. Saya penat minta maaf dan mengalah walaupun bukan saya yang cari pasal.

Bila hubungan saya dengan mak elok, saya layan dia sebaik mungkin sebab saya tahu dia syurga saya tapi tula dia suka cari pasal dengan saya. Saya penat macam ni dan pada Allah saya mengadu. Terima kasih admin siarkan luahan saya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *