Isu Keluarga

Mula2 saya pelik jugak dengan perubahan dia contohnya hari ni dia mesej elok tapi esoknya dia tiba2 senyap.

Assalamualaikum Admin LOB. Mohon hide profile saya ya. Saya cuma nak meluah rasa. Saya ada teman lelaki. Sebelum PKP, dia mempunyai pekerjaan. Hidup happy dan bersemangat. Tapi, bulan Mac dia hilang kerja. Disebabkan tu, hubungan kami mula timbul masalah. Sekejap dia okey. Sekejap tak.

Mula-mula, saya pelik jugak dengan perubahan dia. Contohnya, hari ni dia mesej elok. Esoknya dia tiba-tiba senyap. Jenis saya, kalau ada apa-apa masalah, saya suka bincang. Tapi kadang-kadang masalah tak boleh nak selesai disebabkan dia suka mendiamkan diri.

Bila saya tanya, ada masalah ke? Dia jawab, tak ada. Dia okey. Tapi saya tahu sebenarnya tak okey. Cuma dia tak nak kongsi dengan saya. Dipendekkan cerita, bila selalu dia bersikap macam tu, saya dah tak boleh tak tahan.

Orang perempuan kan. Biasalah, bila lelaki bersikap lebih kurang, mulalah fikir bukan-bukan. Padahal benda tu tak berlaku pun. Akhirnya dia buat pengakuan, dia selalu senyap sebab tertekan. Fikir pasal duit. Yelah, sebelum ni hidup okey aje kan. Ada pendapatan.

Boleh bagi kepada mak ayah. Tolong adik-adik. Bila dah tak kerja, dia pun hilang semangat. Dah apply kerja lain, tapi tak ada rezeki dipanggil lagi.

Saya selalu beri dia semangat. Suruh dia bersabar dan usaha lagi. Ada masa dia bersemangat. Tak lama lepas tu, dia down balik. Sampailah satu tahap mungkin dia terlalu tertekan agaknya. Dia pilih untuk mendiamkan diri terus.

Tak kontek saya lagi dah. Saya mesej, call pun dia tak balas. Akhirnya, saya ambil keputusan untuk diamkan diri jugak. Saya pujuk hati cakap, mungkin dia perlukan ruang. Tak nak serabut fikir pasal soal cinta buat masa sekarang.

Tapi sedihlah kan, sebab hubungan jadi macam ni. Sekarang dah dekat sebulan dia senyap. Saya sayang dia. Saya dah cakap kat dia, dia susah atau senang, saya tetap akan selalu ada untuk dia. Ada apa-apa masalah, jangan segan-segan kontek saya untuk luahkan semua rasa yang dia pendam supaya berasa lega.

Tapi sampai sekarang tetap dia menyepikan diri. Dia tak block atau unfriend saya pun dalam WhatsApp dan Facebook. Dia ada. Cuma dia buat hal dia sendiri. Saya pun jadi segan dah nak tegur dia. Takut mengganggu dia. Bila rindu, mampu tengok gambar dia, baca chat lama aje.

Setiap kali solat saya selalu mendoakan dia. Kirim Al-Fatihah, amal surah As Syura untuk lembutkan hati dia agar kontek saya semula. Saya pun banyak kali dah istikarah untuk minta petunjuk daripada Allah. Takut-takut dia bukan jodoh saya.

Tapi hasilnya saya dapat gerak hati untuk terus bersabar dan bertahan. Macam ada bisikan dalam hati yang suruh jangan give up. Saya tak tahu sampai bila hubungan kami akan tergantung macam ni. Saya tahu dia jujur orangnya.

Diam dia bukan sebab dia ada orang lain. Cuma disebabkan tekanan. Tertanya-tanya jugak dalam hati ni. Dia tak rindu saya ke? Masa hubungan kami okey, dia selalu cakap dia sayang saya. Tapi.. alahai, sedihnya rasa.

Kami memang ada perancangan untuk bernikah. Tapi bila jadi macam ni, memang tak boleh nak bincanglah pasal kahwin. Sebab simpanan dia pun dah habis guna sepanjang dah tak kerja ni untuk bayar kereta, topup dan beli keperluan lain.

Mohon sahabat-sahabat beri saya semangat dan doakan hubungan saya dan dia kembali pulih ya. Manalah tahu doa-doa kalian yang diangkat ke langit. Allah makbulkan. Saya sayangkan hubungan kami. Kami tak ada masalah cemburu, orang ketiga atau masalah lain pun.

Hubungan kami jadi macam ni disebabkan dia down sebab hilang kerja dan tak ada duit aje. Semoga hatinya terbuka nak mesej saya semula nanti. Mohon komen yang baik-baik ya. Terima kasih, admin.

Leave a Reply

Your email address will not be published.