Isu Keluarga

Satu malam tu lepas dia menghilangkan diri memang aku dah lama tak jumpa dia tiba2 dia ajak keluar.

Curiga aku tak salah! Aku adalah kenal dengan seorang lelaki nie. Kitaorang bermsg macam biasa, lepastu raya haji baru nie dia balik kampung tapi bila sampai je kampung terus senyap menghilangkan diri.

Tiba tiba muncul then aku pun tanyalah “dah kahwin ke?” Then dia jawab “belum lah, kenapa semua cakap dia dah kahwin?” Then aku pun cakaplah orang dah kahwin je hilangkan diri masa balik kampung.

Lepastu dia cakap line kat kg tak okay. So aku percaya sebab aku pernah pergi kawasan kg dia tu. So kitaorang dah start keluar makan and jumpa, aku jenis yang suka call and vc.

Lepastu dia menghilangkan diri lagi , aku ada je call time pagi sekali and dia jawab tapi lepastu dia takde text ke apa. Tiba tiba dia muncul cakap dia busy kerja, masa aku call tu dia tengah mamai.

Bila dia hilangkan diri tu bagi aku normal jelah as kawan kan , takkan 24/7 nak berhubung. So berkawan balik macam biasa , tapi kerap call and vc , boleh katakan hari hari akan call atau vc.

Dia bercuti dengan kawan dia pun aku call , lepastu kawan dia ada berborak dengan aku. Satu malam tu lepas dia menghilangkan diri memang aku dah lama tak jumpa dia tiba2 dia ajak keluar.

Disebabkan esoknya cuti so aku keluar , awalnya aku ada reject nak keluar sebab dah lewat and takut ada niat jahat tapi bila dia tak paksa then aku rasa selamat sikit.

Malam tu kitaorang overnight ye, alhamdulillah takde niat jahat dari dia. Overnight tu maksudnya lepak sampai ke pagi okayy!

Masa dia jemput aku , ada kawan dia sekali and hantar kawan dia balik rumah. Dan dia berborak dengan aku dan bagi aku harapan. tipulah kalau nak kata perempuan mana tak berharap kan.

To the next level lahhh apelahh , aku siap cerita weh kat kawan aku apa yang dia cakap , sampai aku pernah cakap kat dia “kalau saya okay, apa next plan awak?”.

Aku dah berharap dan nak serious dengan dia. Tapi aku takdelah cakap direct aku nak serious dengan dia, aku just fokus kat dia je.

Tapi ada satu benda yang buat aku curiga , aku perhati bila time malam je dia takde online tapi eoknya msg aku macam biasa. Tapi aku taknak push sangat , kalau aku call dia tak jawab so aku biarkan , tunggu dia call atau msg balik.

Aku pun mempersoalkan kecurigaan aku tu , dan dia menafikan apa yang aku curiga dan sejak tu aku macam kerap bergaduh lah dengan dia. Contoh janji nak keluar makan , tiba tiba tak jadi dan tu memang akan gaduh.

Tapi jenis aku gaduh sekejap je , lepastu aku msg balik. Sampailah aku keluar dengan dia 15 sept , aku makin curiga kat dia.

Aku nampak dia takut pegang phone, bila aku keluar kereta dia pegang phone , aku masuk kereta dia akan terus letak phone tu. Bertambah2 curiga lagi bila dia cakap jangan pergi makan jauh2 sebab dia ada plan lain

tapi kalau nak ikut training boleh tapi malam dia akan hantar balik. Aku pun okay and aku nak ikut tapi tiba tiba macam macam alasan dia bagi sampailah bergaduh sebelum balik.

Dah masing2 senyap , keesokkan harinie aku call tak berjawab , aku msg cakap sorry sebab aku rasa aku yang over curiga. Dia ada je call time tengah malam kat rumah , vc kat rumah , keluar dengan aku malam2, siap kenalkan dengan kawan dia lagi.

Tapi msg sorry aku tak direply. So aku decide untuk move on lah sebab aku rasa curiga aku tu betul. Then tiba tiba aku rasa nak carik pasal dia lagi , sebelum nie aku pernah carik tapi tak dapat info pun.

Tiba2 haritu terbongkar semuanyaa. Dia dah kahwin anak sorang! Aku msg dia cakap sampai hati dia dan dia just baca je msg aku. Sampai harinie dia senyap. Aku serious rasa tertipu gila.

Leave a Reply

Your email address will not be published.