Assamualaikum min dan warga lob. Aku nak share sikit tentang kehidupan percintaan aku. Aku perempuan berumur 22 tahun yang berasal dari selatan.
Aku masih lagi belajar di negeri pantai timur di mana aku di tahun akhir sarjana muda. Di sini aku nak luah dan semoga aku jumpa la jawapan kalau aku baca komen korang.
Begini kisahnya, bf aku seorang manager di sebuah restoran. Hubungan kami sudah mencecah setahun lebih. Sebelum ni aku ada dua orang ex bf, seorang bekerja sebagai TUDM di kuantan manakala seorang lagi pegawai polis pangkat inspektor (bukan suami orang ok).
Semasa aku bercinta dengan dua orang ni, aku sedar aku ni jenis keras kepala. Kalau marah tu tak ingat dunia, kalau jeles tu perangai tak serupa bikin. So dua org ex aku ni memang tak reti nak pujuk and ambil hati aku.
And dua2 ni pun anak sulong, aku pun anak sulong. Kalau bergaduh tu memang dua2 nak menang. Tahu je la anak sulong punya keras kepala and ego macam mana kan.
Pada tahun lepas, aku bekerja sambilan di sebuah restoran semasa cuti sem. Aku jumpa la bf aku ni. Memang baik orangnya, sabar dan tabah la hadap karenah aku. Kalau nak makan apa2, sebut je mesti dia tunaikan.
Kalau bergaduh, dia yang akan minta maaf dlu walaupun dia tak salah. Kalau jadi suami, mmg akan jadi suami yang baik inshaAllah tapi tak tahu lah sebab lelaki berubah lepas kahwin hahaha.
Yang menjadikan masalah buat aku, bf aku ni umur dah 29 tahun tapi aku tengok pengurusan wang dia macam tak teratur. Gajinya lebih kurang RM 1700 sebulan belum termasuk bonus and OT smua tapi asyik habis je.
Aku tanya la duit sebelum ni kerja takkan takde simpanan langsung memandangkan dah umur 29 tahun, then dia ckp dia pun tk thu. Sepanjang aku bercinta dengan dia ni, dia selalu bagi aku hadiah yang sebenarnya tak diperlukan pun.
Awalnya memang la happy bf asyik bagi hadiah, tapi makin lama aku jadi risau sebab aku nak dia kumpul duit untuk kahwin. Kau bayangkan dia belikan aku baju banyak2, bukannnya aku keluar pun.
Aku ni jenis duduk rumah and malas nak keluar. Dah lah beli baju saiz kadang besar kadang kecil. Dah berapa kali aku nasihatkan dia aku taknak dia belikan aku apa2.
Pastuh baru2 ni dia belikan aku tali pinggang panas,(harga agak mahal bagi aku) untuk perempuan sengugut. Aku ckp aku tak perlu sebab sengugut ni kalau dilayan makin sakit.
Pantang je ada sale shopee lazada macam2 dia beli. Aku tengok bank statement dia, mmg dia banyak beli barang online selain beli makanan.
Disebabkan sikap boros dia, aku ambil inisiatif untuk kumpul duit kahwin kiteorng. Untuk makluman, dia takde komitmen untuk bayar hutang disebabkan dia takde kereta and rumah lagi.
Setiap bulan dia bagi mak dia RM 400. So, gaji basic dia adalah tinggal dalam RM 1300, belum tambah bonus and ot smua, dalam tangan dia ada lebih kurang RM 1500.
So setiap bulan aku simpan 1k gaji dia di mana aku beri dia katalaluan supaya kalau dia terdesak nak guna baru dia boleh ambil. Dalam beberapa bulan kumpul, adalah dalam 6k kiteorng kumpul termasuk duit aku juga.
Aku mmg dh niat kalau kahwin nak kumpul sama2 sbb nak ringankan beban masing2. Disebabkan aku aktif di tempat aku belajar, aku banyak pegang duit kelab and duit dana kutipan.
Aku taknak la bercampur dengan duit peribadi dalam akaun bank yang sama sbb takut terguna tak berkat hidup aku nanti. Then aku letaklah 6k tu dlm akaun dia balik.
Pada suatu hari telefon aku rosak, so aku call la dia pakai no adik aku cakap telefon rosak tak boleh contact untuk beberapa hari. Kau tahu dia belikan aku apa? Dia belikan aku telefon jenama iphone x ape tah aku tak tahu.
Pastuh dia beli dua biji untuk dia skali supaya pakai telefon sama2, casing sama2 (then mula lah dia belikan casing banyak2 dekat shopee). Yang aku jadi sakit hati nya, dia guna duit tabung kahwin tu.
Aku ni mana reti guna iphone, telefon samsung lama aku cuma perlu tukar skrin je. Dia cakap untuk kegunaan jangka masa lama padahal dia nak main PUBG.
Duit simpanan semua dah takda habis macam tu je. Dengan keadaan covid sekarang, mmg susah nak kumpul semula disebabkan bf aku ni kena bantu family dia.
Kadang2 aku jadi sedih la bila aku tanya perancangan dia, dia cakap lek lu (padahal tiada duit simpanan langsung). Mmg la nak kahwin lama lagy dalam masa 2@3 tahun tapi aku nak dengar perancangan dia supaya aku yakin dengan dia and bolehlah aku plan masa depan untuk tolong dia capai azam dia kalau aku dh kerja nanty.
At least bgithu, nk beli rumah umur berapa, nak beli kereta apa, mcm mana nak urus kewangan setiap bulan, target pembelanjaan harian dll. Dia tak thu aku sebenarnya dah kumpul 5k kat ibu aku dengan duit kerja sambilan aku.
Aku kerja sekejap tpi boleh kumpul 5k, aku pelik macam mana duit dia boleh habis macam tu je sedangkan dia takde hutang. Aku niat nanty aku nak beli kereta bila dh kerja and tugas dia cuma sediakan rumah je bila dah kahwin.
Tapi tu la, dia tak ambil serious tentang perkara ni. Dia slalu cakap rezeki datang lepas kahwin, mmg betul<span;>Dia slalu cakap rezeki datang lepas kahwin, mmg betul ungkapan tu tapi dengan usaha la. Kalau ada duit then habiskan beli benda tak patut tak guna jugak.
<span;>Sikap dia yang terlalu baik hati, dia selalu bagi orang pinjam duit. Aku tak kisah kalau dia nak bagi pinjam tapi biarlah berpada-pada. Sebagai contoh, dalam akaun ade Rm 1200, tpi dia bgi pinjam 1k.
Tahu je la orang nak membayar hutang tu ambil masa. Kadang aku kesian, aku bagi la dia duit disebabkan aku dapat elaun kat tempat belajar aku.
Aku ni tidaklah memandang harta semata,tpi aku hidup dengan keadaan mak ayah aku bergaji sederhana. Ibu ayah aku selalu gaduh pasal duit. Ibu aku mcm tak redha bila duit dia pun digunakan untuk bayar hutang.
Tahu je la apa berlaku kan kalau isteri tak redha bila suami guna duit isteri. Aku takut kalau aku kahwin dengan dia ni, aku akan hadapi masalah yang sama iaitu bergaduh pasal duit. Aku ni anak sulong yang sambung belajar.
Mak ayah mengharapkan aku membantu mereka. Aku terfikir kalau suatu hari nanti, hidup aku pun tak cukup makan sebab kena tolong suami, macam mana aku nak balas jasa mak ayah aku.
Duit memang bukan segalanya tapi segalanya memerlukan duit. Akan tetapi, dia juga banyak bantu aku sepanjang aku study ni, setiap bulan dia bagi aku duit belanja makan RM 5O and mcm2 lagi walaupun sebenarnya aku dah ade duit elaun aku.
Alhamdulillah hal pembelajaran aku tiada masalah, aku masih boleh maintain sijil dekan aku setiap sem. Sejujurnya, adalah dalam beberapa orang yang meminati aku.
Untuk makluman aku takde media social seperti ig dan fb so lelaki yang nak kenal kebanyakannya dari tempat belajar dan tempat kerja sambilan aku. Mereka2 ini semua kebanyakannya orang yang ade kerjaya elok.
Ada yang dah ada rumah & kereta, ada yang rupa handsome trmasuklah ex bf aku ada juga mencari aku. Bf aku ni tahu mmg ramai minat aku sbb masa kerja restoran tu pun hari2 orang mintak no depan dia.
Setiap kali lelaki lain chat, aku mmg akan screenshot dan bgithu dia. Di mana aku pergi mesti ada yang minat sampai bf aku ni rase insecure dengan diri dia. Aku mmg tak layan sbb aku setia dengan bf aku.
Tapi jauh dalam lubuk hati aku yang paling dalam, aku risau kalau aku hidup susah kahwin dengan dia nanty sedangkan aku ada banyak pilihan yang lebih baik dgan kerjaya yang elok.
Bf aku kerja manager busy sangat, selama ni kiteorng chat bila dia balik kerja. Itupun dia penat, so kadang2 call sejam je. Dia mmg gigih kerja sbb dia nak naik pangkat.
Aku ni dh la duk rumah sejak covid (kelas online pun jarang), so aku bosan sgt2 duk rumah. Belum cakap pasal dating lagi, bf aku ni takde kereta and takde lesen kereta.
Aku ni pula ade lesen kereta tapi tak berani nak bawa, moto pulak aku berani tpi takde lesen. Walaupun duduk dekat, kiteorng jarang jumpa. Dan aku bukan jenis yang naik moto dengan lelaki sbb tak manis kan dipandang orang.
Mak aku siap cakap, “nanti kalau kau nak terberanak takkan laki kau nak bawak kau naik moto”. Selalu kena bahan dengan family. Mak aku pun cakap, “bnyak lelaki kerja elok2 nakkan kau tapi kau pilih dia”. Aku tak sampai hati nak ckp kt bf aku. Aku syg dia tpi..
Patut kah aku pilih je lelaki yang kerja elok tapi aku tak syg? supaya aku tak perlu risau fikirkan masalah kewangan. At least duit gaji aku tu boleh habis kat mak ayah aku daripada bagi kt suami kan.
Tapi sanggup ke aku hidup susah dengan bf aku? Aku takut nanti masalah kewangan jadi pergaduhan antara kami. Dia pernah cakap kat aku, nanti kalau aku kerja mesti gaji besar sbb aku budak degree.
So, dia mengharapkan aku untuk bantu dia. Macam mana kalau aku pun sama spesis mak aku yang tak redha dengan smua tu? Tapi mana nak cari lelaki yang sntiasa sabar dan mengalah walaupun tu silap kita? Aku keliru…