Isu Keluarga

Pernah juga dikatakan aku ni bebanannya pernah juga dikatakan aku ni pencipta masalah dalam dirinya pernah juga dikatakan tiada aku dirinya tenang

Salam min . first aku minta maaf jika ada yang kurang memahami atau kurang jelas dengan jalan cerita aku yang hendak di sampaikan ni ya .

Dan aku minta maaf jika cerita aku ini agak panjang. hide profile fb aku ni ya min . aku seorang gadis yang selalu disakiti . aku tak berupa tak cantik orangnya tak berbodygols dan tak ada yang istimewa.

sepanjang perkenalan aku dengan seorang lelaki banyak kisah yang tersirat dalam hubungan kami . pada awalnya semua boleh dikatakan indah . perhubungan kami dah mencecah 5 tahun.

pada awal memang pernah merancang untuk berkahwin tapi aku akui aku tak ada pekerjaan dan juga dia . tapi sekarang Alhamdulillah semua dah berkerja . semua pada awalnya baik-baik sahaja .

pertengahan tahun hubungan kami sampai lah sekarang hubungan kami diuji . aku diuji dengan perasaan sendiri . aku terkurung dalam emosi dan perasaan . senang dikata sukar untuk melepaskan sukar juga untuk bertahan.

Aku diuji dengan bermacam-macam ujian seperti dia banyak berselingkuh. Pada awalnya dia seorang yang pemujuk pemaaf penyayang dan pendengar yang setia tapi sekarang semua dah berubah.

dia tak lagi seperti dulu . panas baran dan mudah melenting dalam hal yang kecil sahaja. Bila aku tanya kenapa berubah dia katakan tiada lelaki yang mampu nak sayang kau seperti awalnya dan tak ada lelaki yang boleh jadi seperti awal bercinta selalu.

tak akan ada lelaki yang tak berubah hati . jujur ikhlas setulus hati aku aku sayang dia seluruh jiwa aku . ya aku tahu aku dah buat kesilapan yang besar dengan berharap sepenuh hati aku kepadanya.

bila hati ni dah takut dengan kehilangan bermula lah diri ni berperang dengan emosi sendiri . tak rasa curiga tu tak pernah la boleh dikatakan . sebab aku dah diuji sebelum ni .

aku tak nak jelaskan disini kesilapan yang telah dia lakukan cukuplah diri ni yang menanggung. Bila dah sekali kepercayaan dihancurkan tak akan lagi ada setebal tebal kepercayaan seperti dulu lagi betul?

Di sini lah bermula dengan diri aku mula mengongkong dia bermula diri aku selalu overthinking dengan dirinya . hari hari aku dimaki dihina dicaci dari dia . tapi aku pendam aku hadam aku maafkan dia lagi dan lagi.

sampai harini pun aku tetap dimaki dengan cacian pedih. aku maafkan kerana aku sayangkan hubungan . aku maafkan kerana aku tak nak menjadi punca hati ni berdendam dan punca kami bergaduh.

ya aku akui aku pun bukan seorang yang berlemah lembut dengan kata kata . aku juga ada kesabaran . tapi bila dah hilang kesabaran aku aku beremosi dan akhirnya aku juga yang dihukum dan aku juga yang bersalah.

Sedangkan aku mengamuk kerana kesilapan dia . dia tetap menunding jari atas kesalahan aku . bila disuruh lepaskan aku dikatakan sayang . dikatakan nak dijadikan isteri ikhlas hatinya .

Pernah juga dikatakan aku ni bebanannya pernah juga dikatakan aku ni pencipta masalah dalam dirinya pernah juga dikatakan tiada aku dirinya tenang . entah dimana silapnya diri ini .

entah dimana hadirnya benci dirini kepada dia . hati ni sudah terlalu hancur untuk masa sekarang tapi entah lah sukar untuk aku pergi . tak tahu dimana punca . dalam masa yang sama ada seorang lelaki yang selalu aku nampak dirinya “tryhard” untuk memikat hati aku.

dia yang selalu ada dikala aku bersedih . dia yang lebih mengingati tarikh2 yang penting tetang diri aku . tapi entahlah diri ni nak lagi bertahan untuk yang tak sepatutnya . diri ni dah takmampu lagi nak bersabar dan bertahan sebenarnya .

dia lagi memilih untuk buat kehidupannya sendiri . dia mementingkan hati perasaannya sendiri . selalu dikatakan aku jadikan diri dia seperti takberhati perasaan padahal dirinya yang buat aku tak berhati perasaan.

aku sedih hari hari aku fikirkan dia . terkadang diri ni terfikir untuk menjauh tapi takmampu . terkadang diri ni tertekan . sembunyikan kesedihan berdepan untuk dengan orang .

menangis sendiri . bila aku menyelit untuk meluah dia selalu menjauh dan mengubah topik . dan terkadang jelas dimata aku dia buat sesuatu untuk menjaga hati aku ni dengan cara terpaksa .

kadang diri ni merayu menangis dah macam separuh gila tapi dia buat tak tahu dan buat tak dengar dan bagitahu aku tak perlu menangis sangatlah tak perlu over semuanya baik baik saja .

kadang diri aku tak boleh bersabar aku mengamuk sepuas hati tapi diri dan kesalahan aku lah selalu ditunding juga.
Dalam apa apa hal aku dahulukan dia selain orang tua aku .

aku dahulukan dia dalam hal duit atau apa apa sekalipun . aku bukanlah seorang wanita yang meminta hartanya menyusahkannya . tak pernah diri ini kisah dengan apa adanya dia walaupun dia bukan orang berada atau berharta .

Jujur hati aku aku terima segala kurangnya dirinya . susah senang pun aku rela . tapi diri aku juga lah yang dijadikan ‘beban’ kepadanya . aku tak tahu jika dia ada menyimpan hati “seseorang” disebalik pengetahuan aku .

tapi percayalah diri ini buntu untuk melepaskan atau bertahan lagi.
Sampai disini shaja cerita luahan hati luka duka lara ini . maaf jika cerita aku panjang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *