Isu Keluarga

Mula2 siti cerita padaku kalau dia single dan baru putus tunang kerana tunangnya bernikah dengan perempuan lain

Salam min, sekarang tepat pukul 2 pagi, aku masih tak dapat lelapkan mata, aku seorang lelaki bujang berumur 26 tahun  berkerja sebagai unit beruniform (polis) Sebelum ni aku Aku tak pernah bercinta, aku sangat pemalu, nak kenal perempuan memang malu sangat.

Bila ada perempuan nak dekat, memang aku lari, bukan sebab sombong, tapi aku malu. Aku juga bukan jenis suka melepak, habis kerja, aku terus balik rumah, aku kurang main media social. Yang hanya ada facebook dan whatsap je.

Aku juga tak pandai main game online. Sikap pendiam aku membuat ramai yang hairan kenapa aku boleh menjadi angota polis. Namun bukan itu yang aku nak cerita.

Disini aku nak cerita, aku berkenalan dengan seorang wanita yang ku namakan dia “Siti”. Siti seorang wanita yang sungguh menawan, kerja sebagai seorang guru, sejak pertama kali melihat siti, aku sudah jatuh cinta, aku kenal Siti dalam media social fb, siti add aku, mula2 aku ingatkan siti adalah wanita single.

Bila aku approve, siti masuk wall aku dan like semua status aku tanpa tinggal sedikitpun. Aku terpaku, aku tertanya2 adakah siti menyukaiku? Bila aku stalk fb siti, tak ada satu pun tanda2 kalau siti sudah berumah tangga dan mempunya 2 orang anak yang sangat comel. 

Bermula lah kisah aku nak berkenalan dengan siti, tapi aku malu sangat nak tegur dia, tiba2 siti chat mesenger aku dan mengucapkan terima kasih kerana aku approve siti.

Dan bermula lah chat kami dari awal sampailah kami terlanjur sayang.  Mula2 siti cerita padaku kalau dia single dan baru putus tunang kerana tunangnya bernikah dengan perempuan lain, dan siti sangat kecewa lalu siti nak cari penganti dan nak terus bernikah.

Aku sangat gembira bila dengar siti nak  jadikan aku suaminya. Setiap masa, setiap saat siti aku spam whatsap aku, bila aku lambat balas, siti akan tuduh bukan2, tuduh aku ada perempuan lain sedangkan aku sangat cintakan siti,

kadang2 siti chat bila dah nikah nanti siti nak mandi sama2 dengan aku, nak peluk 24 jam, nak ciom bahagian intim, sungguh siti suka chat sesuatu yang naikkan nfsu aku. Tapi bila siti chat macam ni, aku terus mengelak, aku nak sentuh siti sampai halal.

Dia seolah2 nak aku sentuh dia. Dan dia asyik ajak nak jumpa.  Masa mula2 nak jumpa, siti terus pegang tangan aku, sungguh aku malu kerana inilah pertama kali aku menyentuh wanita.

Siti seolah bak ajak aku melakukan maksiyat.  Namun aku tetap bersangka  baik. Aku cakap pada siti, habis pkp, aku akan halalkan dia. Dan siti bersetuju. Perjumpaan kali ke  2. Siti dan mula memeluk dan menciom aku.

aku mula merasakan ada sesuatu yang sangat aneh. Dan aku pernah berjanji pada diri aku, jika nak bernikah, aku nak cari yang dara kerana aku tak pernah sentuh mana2 wanita jadi apa salahnya aku cari isteri yang perawan.

So aku tanya pada siti adakah dia masih perawan namun jawapan siti amat mengejutkan. Siti mengatakan padaku kalau dia juga tak pernah disentuh mana2 lelaki. Kalau siti tak disentuh mana2 lelaki, kenapa siti dengan beraninya menyentuhku sedangkan aku nak pegang tangan siti pun sangat malu. 

Bila balik rumah, aku mula siasat tentang siti, aku cari segala maklumat berkaitan, akhirnya aku mengetahui kalau siti sudah berumah tangga. Fb siti yg add aku adalah fake semata2.

Walaupun mengunakan gambar siti, tapi langsung tak ada sesuatu yang berkaitan dirinya. Aku terjumpa fb orginal siti, dimana fb itu ada gambar siti, suami siti, dan anak2 siti.  ALLAHUAKBAR bahagia sungguh keluarga mereka.

Suami siti selalu belikan hadiah, pos gambar2 bahagia tanpa cacat celanya. Apa lagi yang siti nak? Aku terus bertanyakan pada siti, kenapa tipu aku, apa salah aku pada dia. Aku sangat sayangkan dia.

Aku tak mampu bila dia tinggalkan aku. Siti berkata kalau dia terlanjur sayang dengan aku. Tapi dia juga sayangakan suaminya. Ya Allah dugaan apakah ini? Aku menangis dan merayu pada siti, kenapa buat aku macam ni.

Tp siti terus block aku. Aku rasa bagaikan nak meletup. Aku cuba nak gantong leher kat tali je tapi aku takut masuk nraka. Betapa sayangnya aku pada dia. Kenapa dia tergamak buat macam ni. Allahuakbar.

Sekarang aku merayu2 pada siti jangan tinggalkan aku, tapi dia block aku. Perlukah min aku jumpa suami siti dan ceritakan semuanya dengan harapan mereka akan bercerai dan siti terima aku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *