Isu Keluarga

Abah aku ada perempuan simpanan dan aku yang tanggung nafkah perempuan tu setiap bulan abah akan minta aku duit tiap bulan utk bg perempuan tu.

Selamat sejahtera, Nama aku Ali bukan nama sebenar. Aku berusia 29 tahun. Selama aku bekerja semenjak usia 20 tahun. Setiap bulan aku akan bagi kat abah aku RM1000. Gaji aku RM1500.

Abah aku tak kerja sihat tubuh badan. Abah aku berusia 50 tahun. Abah aku mmg tak kerja dari umur 35 tahun. Mak aku ingat abah aku kerja. Sebenarnya abah aku tak kerja pun.

Mak aku ngan abah aku hidup PJJ dari muda. Jadinya mak aku tak tau habis pasal abah aku. Tp aku sayang gila kat abah aku sebab dia yg jaga aku dari kecil. Mak aku? Jaga adik2.

Abah aku ada perempuan simpanan dan aku yang tanggung nafkah perempuan tu setiap bulan abah akan minta aku duit tiap bulan utk bg perempuan tu. Abah kata anggap sedekah.

Abah aku baik, sembahyang tak tinggal, pakai kopiah bertasbih tapi itulah abah aku ada perempuan simpanan. Aku hormat ja keputusan abah aku dari kecil. Dan aku je tahu segala rahsia abah aku dari kecil mybe sebab tu mak aku tak suka aku.

Mak aku pulak selalu kata aku boros , tak pandai jaga diri. Sebab mak aku ingat duit gaji aku habis mcm tu je, dan mak aku ingat abah aku jaga aku kat bandar. Sedangkan aku duk sendiri, abah aku sibuk jaga perempuan tu.

Untuk pengetahuan semua, aku sekarang ada tanggung hutang adik aku. Bulan2 RM250. gaji aku baki tinggal RM250 je. Mcm mana aku hdup selama ni? Aku makan nasi ikan bilis masak kicap je. Adik adik aku bukan main lagi western food dengan girlfriend dan boyfriend mereka.

Dan sekarang abah aku minta aku buat personal loan pula untuk beri adik aku beli kereta second hand. Abah aku minta aku buat loan 30k . utk beli 2 biji kereta second bagi adik2 bawa kolej. Masalahnya kawan2 aku ni pergi kerja naik motor cabuk kena hujan kawan2.

tapi aku dari dulu tak pernah bantah cakap abah aku. Apa aku nak tak pernah dapat. Walaupun aku bekerja. Aku ada awek, awek aku baik sangat. Dia tahu masalah aku. Dan dia yang sikit sikit bantu aku. Aku nak kahwin dengan dia. Aku banyak kali ckp kt keluarga aku.

Tapi mereka tak bagi, mereka ckp aku muda lagi. Kalau abah dia nak aku kahwin lepas adik2 aku habis belajar. Sedangkan skrg adik aku hampir habis belajar. Dan mereka belajar pun pinjam ptptn .Tapi sekarang aku dah 29 kawan2 .

aku takut awek aku pun tak boleh tunggu aku. Sebab kami kawan dah lama. Aku kesian kt dia. Dia baik sangat… sampai family dia pun ada tanya bila aku nak kahwin dengan dia. Sebab selalu keluar. Aku pun syg keluarga aku abah aku semua.

Apa patut aku buat? Kawan2 aku semua marah aku sebab nak buat loan bg abah aku. Loan tu aku tak buat lg, tapi kalau buat 9tahun baru habis. Kawan2 aku ada suruh aku kahwin ja tanpa pengetahuan abah aku.

Sebab mereka kata aku tak perlu kan wali pun. Aku boleh buat keputusan sendiri. Kawan2 aku ada ckp juga suruh aku kahwin sebab mereka kesian tgok cara hidup aku. Tiada sapa jaga dan hidup ibarat sebatang kara.

Pasal mak aku jgn cakap la aku malas ckp sbab mak aku tak pernah ambil tau pun pasal aku. Dia benci sgt kat aku. Aku rasa mak tahu aku simpan rahsia abah. Telan mati mak luar mati abah. Aku sayang semuanya.

Awek aku lg aku syg, dia ja ada waktu susah aku jatuh bangun aku. Waktu gaji aku semua abah ambil dan baki RM250 sebulan.keluarga awek aku tahu ja pasal gaji aku semua dan latar belakang aku. Tapi mereka tak kisah pun. Sebab mreka jenis baik.

Tapi kadang2 jelous juga dgn awek aku sebab dia ada keluarga yang penyayang dan bersatu. Macam mana ni kawan. Apa patut aku buat? Aku harap adik abah mak aku baca luahan hati aku. Aku hampir2 30an tapi ibarat diikat seperti budak sekolah.. budak sekolah la ni pun pandai dah. Tolong aku Ali yang kesusahan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.