Assalamualaikum min yang comel. tlong hide fb ni yer sebab aku guna fb kawan aku. thanks admin. aku seorang siswi, belajar di salah satu universiti di malaysia. umur 19 . Bf aku umur 20 .
dia kerja biasa2.. masalah aku sekarang.. aku dlm dilema, rasa mcm depress. nak teruskan hubungan dengan dia ke tak?
Ceritanya aku ade couple dengan seorang lelaki ni almost 3 year hubungan couple kami hubungan jarak jauh, jarang jumpe.
Nak dijadikan cerita.. dia kantoi ade orang lain mase aku tengah struggle study, buat assignment. (mybe dia bosan kot) terkantoi pun sebab aku check medsos dia, banyak DM perempuan lain.
Yer salah aku sebab aku tak check medsos dia sebelum ni. kepercayaan aku kat dia hilang 100% . dah maafkan lepastu esok buat lagi.. Sumpah aku makan hati..
Lepas kantoi, dia janji memacam yang lepasni dia janji dia tanak buat perangai buaya dia tu.. Aku susah nak percaya. dia beria cakap dia sayang aku min. sayang macam sayang nyawa dia sendiri dia cakap.
buat mase sekarang aku terpaksa block dia sebab aku masih kecewa dgn keadaan sekarang ni. Lastly kawan dia Whatsaap aku semalam, katanya bf aku cakap dia buat keputusan untuk anggap aku sebagai seorang kawan jer if aku tak boleh percaya dia lagi lepasni.
bukan sekali dua dia curang berkali kali . aku punye la setia dan percaya dia bagai nak rak. sampai hati dia. aku nak study pun dah tak boleh. Otak asyik pikir dia je. Aku takut tak kan ada lelaki sebaik dia yang faham aku.
sampai dia maki aku hari2 sebab benda kecik pun aku still sayang dia. dia tak hormat ibu aku pun aku sayang sebab aku percaya dia boleh berubah 1 hari nanti.
aku dah anggap dia terbaik untuk aku.. aku anggap dia everything. last last hubungan kami tak sampai pelamin pun. aku ingatkan dia nak pertahankan..
rupenyer tak.. dia cakap, kalau nak datang…Tak nak sudah. Macam takde effort kan? Aku juga yang beria.
Perkara aku takut . aku takut tak jumpa jodoh… aku takde tempat nak luahkan segalanya. Sebelum ni dia yang selalu ada dgn aku kira dia perfect bf la.
And yeah, aku still ada family yg sayangkan aku. ibu aku suruh lupekan dia.. aku tak boleh, aku rindu dia. aku siap bawa jumpe family lagi min.
Malu aku kalau akhirnye jadi macam ni. dan aku tahu.. dari dulu family dia tak suka aku. tengok dari cara layanan family dia pun aku tahu tapi entah kenape aku susah nak move on? Aku nak move on macam mane kalau ingat dia setiap masa?