Assalamualaikum min. Harini terasa sebak pula min bila terdengar kematian arwah Siti Sarah. Betul la kan bila kita jumpa orang yang benar2 ikhlas cintakan kita, dia akan ada disamping kita sampai hujung nyawa.
Ada masa kita susah tanpa meninggalkan, dan ada sama2 bangkit untuk mencari kesenangan bersama. Indahnya bila kita jumpa orang yang pandai hargai dan bersungguh cintakan kita.
Teringat pula kisah hidup sendiri ditinggalkan waktu sakit dan teman lelaki berkata “Saya memang akan tinggalkan awak pun kalau awak sakit” lalu dia pergi min. Saya redha dengan ujian ni cuma kadang menitis juga airmata bila ingat semula kekejaman tu.
Dia tiada lagi dalam hati, buang terlalu jauh. Kenangan yang menyakitkan. Tapi bersyukur bila Allah tunjukkan awal sebelum bertunang. Cinta palsu dan cinta sebenar. Alhamdulillah hidup tanpa dia adalah bahagia untuk saya.
Saya tetap bersyukur. Kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Untuk para lelaki, tak semua wanita tergilakan harta pangkat kamu, cukup kamu melafazkan Aku Terima Nikahnya sebagai bukti cinta kerana Allah.
Hati kami bukan untuk dipermainkan. Untuk yang menjaga dan berjuang untuk menghalalkan, semoga Allah permudahkan urusan kalian memiliki bidadari tercinta. Untuk kita wanita, semoga suatu hari nanti kita bisa menjadi bidadari syurga untuk seorang suami tercinta.
Sayang kita, cintakan kita, hargai kita dan takkan pernah meninggalkan. Untuk kita lelaki dan wanita, hiasi hidup kita dengan senyuman semula kerana yang terindah itu pasti tiba. Harus kuat jangan lemah.
Jangan sedih2 dah tau sebab kena percaya Allah simpankan yang terindah. Teruskan berdoa dan berusaha menjadi yang baik akhirat dan dunia untuk miliki yang terbaik anugerah dari Allah. In Sha Allah. Aamiin.