Isu Keluarga

Dan yang paling mengguris hati min wanita itu ada tunjuk yang teman lelaki saya dah pun beli cincin pertunangan utk dia

Salam min. Boleh tak kalau saya nak minta pendapat dengan luahan perasaan saya ni.
Saya belom khawin cuma ni masalah saya dengan teman lelaki saya.

Cerita dia, saya kenal dia dh masuk 2 tahun. Kami kenal melalui fb juga tapi dah selalu jumpa dan dah kenal hati budi masing2. Dia dh tau n nampak sendiri kekurangan kelebihan saya, dan saya pun dh tau baik buruk dia.

Tapi 2 hari lepas saya terbaca whatsapp dia dengan seorang wanita yang sangat menyakitkan hati saya. Bila saya tanya dia utk berterus terang, dia bgtau yang dia dengan wanita itu dah pun kenal lama sebelum kenal saya.

Dan saya ada whatsapp wanita tu tunjuk gambar teman lelaki saya dan tanya kalau dia kenal dan memang dia pun mengaku yang itu adalah teman lelaki dia. Hanya Tuhan sj yang tahu keremukan hati saya pd masa itu.

Dan yang paling mengguris hati min wanita itu ada tunjuk yang teman lelaki saya dah pun beli cincin pertunangan utk dia dan wanita itu bgtau saya yang dorang dlm perancangan nak nikah bulan july ni tapi di tangguhkan ke bulan 12 nanti.

Tapi bila saya tanya teman lelaki saya, dia mengatakan bahawa dia beli cincin tu sb wanita tu desak dia utk belikan dia cincin sebagai bukti ke orang tua dia yang teman lelaki saya ada niat nak memperisterikan dia sb kalau tidak nanti orang tua dia akan cari calon utk dia sb sebelum ni.

wanita itu pernah di tunangkan dengan sepupu dia sendiri dan itu juga membuatkan teman lelaki saya berkecil hati dan malah sepanjang mereka bersama, wanita itu seringkali menyakitkan hati teman lelaki saya dengan berulang kali blok dan unblok, mengugot utk berkahwin dengan orang lain.

Pendek kata, dia layan teman lelaki saya secara on off. Dan d sebabkan itu, teman lelaki saya sering rasa terabai dan tak di hargai sampai la dia mengenali saya dan masing2 jatuh cinta.

Saya tak salahkan teman lelaki saya sb saya faham situasi dia yang sering d abaikan oleh dan tak di hargai oleh teman wanitanya itu. Cuma skarang saya tak faham.

Kenapa dia masih lagi menyintai orang yang sudah sering kali menyakitkan hati dia dan macam mana dia boleh menyayangi orang yang dia hanya kenal atas angin yang dia tak pernah jumpa dan hanya bersua muka melalui video call?

Dan bila saya tanya kenapa sampai hati membelakangi saya yang sedia ada depan mata sampai sanggup memberi kata putus utk menikahi padahal dengan saya dia tak pernah pun sebut soal pernikahan sb dia selalu cakap yang dia nak balas jasa orang tua dulu

Dan saya pun tak nak membebankan dia dengan soalan tentang komitmen sb saya faham keadaan dia sebagai anak sulung. Tapi teman lelaki saya cakap, dia kena mengahwini wanita itu dulu sb dah kenal dulu dr saya,barulah dia akan menikahi saya. Persoalan nya min.

Harus kah saya bg peluang kedua dan memaafkan perbuatan dia. Harus kah saya tetap terus menunggu dan bertahan. Haruskah saya melepaskan sj dia. Walau dia selalu merayu agar saya tak tinggalkan dia sb dia kata nak jaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *