salam admin. Aku nak meluah. Aku tak kisah kalau profile aku ni dipaparkan, ni pun fake acc. Aku bercinta dengan seorang janda anak tiga,kenal dari fb dan byk berkomunikasi melalui fb.
setelah beberapa bln masing2 ade hati dan perasaan sehinggalah wujudnya pertemuan secara tatap muka, dari masa kesemasa masing2 makin mengenal antara satu sama lain dan hati semakin cinta.
Masing2 ada keinginan untuk hidup bersama, kenal dari awal tahun 2019 feb. kurang lebih hampir 2 tahun perjalanan bercinta, aku memilih dia dan aku suka sifat penyayang yang ada dlm diri dia, kesetiaan yang ada dlm diri dia, aku suka die tidak bersocial.
Dia baik pada aku. Aku menilai dia dari kisah dia, dia dicurangi bekas suami. dalam perjalanan kami bercinta ada asam garam. Ada perselisihan, tapi kami faham itu adalah proses mengenal lebih dlm antara pasangan, tiada apa yang tergugat dengan hubungan tentang ape yang diperselisihkan.
bila cerita bab kawin, die belum ready walaupun die cakap ready. die cuma tak pasti apakah tindakan die ank berkahwin lagi adalah tindakan yang betul, dan apakah die akn berkahwin dengan orang yang betul. tapi dia selalu yakiankan aku pasti kita akn berkahwin.
jadi, aku sendiri ciptakan alasan untuk dia, aku cakap “saya boleh tunggu awk, saya tau awk kesian dengan bekas suami awak, jadi. perlu bagi masa pada die untuk terima kenyataan yang hati awk pada sy”.
dan dia mengiyakan alasan yang aku ciptakan untuk dia,tapi memang betul bekas laki die tengah meroyan gile talak.
jadi aku pendekkan cerita.
Sungguh tak sangka perhubungan ini akan berakhir puncanya bila aku pakai fake acc untuk komen kat group2 luah perasaan, aku komen menggatal dan aku komen acah2 pakar motivasi pada org yang update status putus cinta di group luahan.
nak jadi cerita, fb yang aku pakai tu sebelum tu die pernah pakai, die tahu password fb tu, jadi. die nampak la komen2 aku tu semua dan jadi la satu perselisihan disitu. Aku tergamam dan tak terkata.
Aku kene hamun, dan aku terus meminta maaf. Aku bagi alasan semua komen tu takde makna, sebab aku pakai acc fake, satu gambar aku pun takde, orang tak kenal aku pun, dan aku takkan dedahkan siapa aku.
Dan ketika aku komen tu aku takde rasa buat kianat dengan dia pun. Bende tu kat komen, aku bkn pm mengayat org, dekat komen semua org boleh baca karektor kita dari penulisan kita,aku komen hanya suka2. dan aku ank tengok reaksi org.
Takde ape pun yang aku sembunyikan. tapi tu lahh. die sgt benci sikap begitu. mungkin die trauma dengan kecurangan bekas laki die dulu dan die sama kan aku dengan bekas laki dia, aku puas pujuk rayu, aku taknak berpisah. aku berjanji aku taknak buat lagi.
Aku ingatkan die masa kita selalu bersama, aku takde perempuan lain, aku takde keinginan pun ank cari lain. hati aku betul2 pada dia. Aku terlalu cintakan dia. Aku nak bernikah dengan dia. nak hidup bersama. ini goal kami. Kami dah janji.
dan die rasa tuhan seperti telah tunjukkan pada dia, yang dia jumpa org yang salah. jantan boaya. Aku sampai dah tak terkata lagi. Aku iyakan saja ape yang die fikir, dan aku kata yang aku munafik “tuhan da selamatkan awk dari org yang munafik syang”..
dan. Aku tidak rela perpisahan ini. hati aku tertanya2, apakah benar aku bersalah? apakah aku melakukan kecurangan? apakah aku test market? Nak try perempuan? dan aku sendiri yang jawab.
Tidak. Sungguh hanya engkau je yang aku pandang. Tapi. perkara itu hayalah kesilapan pada aku dan petunjuk pada dia(aku hipokrit). tapi aku setuju jugak la kata dia, sekalipun fake acc fb, takde keperluan pun nak komen2 mcmtu.
ya aku silap..dan silap juga aku tak bagitau dia yang aku ade komen menggatal. setidak2 nya aku yang bagitau dulu sebelum dia nmpak. serius aku tak rela perpisahan ini. Tapi aku redo klu dah ketentuan tuhan dan aku pernah cakap dengan dia.
jika hubungan ini gagal, die lah org yang terakhir aku bercinta. aku da serik kecewa, biarlah aku terus berbakti dengan mak bapak aku sampai mti. Dan aku pernah cakap dengan dia, sekalipun hubungan ni gagal
Aku mampu cinta dan rindukan dia smpi akhir hayat walaupun bunyi mcm poyo, tapi aku je yang tahu. Dan aku cakap dengan die. Aku ttapi tunggu dia. Kalaupun die tak dtg2. Hati aku ttapi setia pada dia,dia takkan perasan pun kehadiran aku selepas ini. dan aku tau.
Die sedang meratap bersedih dengan keputusan die untuk berpisah, tapi aku faham. Die takut dengan perbuatan aku tu, die takut dengan ciri2 perwatakan jantan hidung belang. die trauma. itu saja luahan aku.. aku akn cintakan dia untuk selamanya. Aku akn rindukan dia untuk selamanya. Isteri bayangan