Aku ada masalah dgn pasangan. Dia duda anak 3 dan aku tak pernah berkahwin, baru 25 tahun. Harini dia marah aku cakap aku macam2. Ungkit segala hal yang pernah aku tipu dia dulu masa mula aku kenal dia. 6bulan pertama aku kenal dia aku masih lagi dgn kawan2 sebaya aku yang dh lama aku kenal daripada aku kecik.
dulu aku suka melepak nak dikatakan hari2 aku melepak dgn kawan2. aku tak ramai kawan dan aku tak akan keluar melepak dgn org yang aku tak kenal. semua kawan2 aku yang selalu aku melepak semua aku dh kenal. Tak ramai pun cuma 3org tapi semua lelaki.
family aku dh kenal dorang semua. bila hari2 aku melepak hbis kerja mesti ada je benda yang kawan2 aku ajak buat. bukan benda yang jahat aku buat. cuma duduk minum makan and borak. itu rutin harian aku.
Dan time tu aku dah rapat dengan pasangan aku tapi aku masih sayang nak tinggalkan kawan2 aku yang memang akan ada susah senang aku sebelum aku kenal dgn pasangan aku. aku dh boleh agak yang dia tak suka aku buat macamtu.
Sampai aku sanggup tipu dia, aku keluar senyap2 tak bgitau mana yang aku pergi and apa yang aku buat. Masuk tahun pertama aku makin rapat dgn pasangan aku, aku tinggal kan semua kawan2 aku. hidup aku tak macam mula2 aku kenal dia. aku balik kerja pergi kerja.
kalau keluar pun cuma dgn family aku atau dia itu sahaja. aku block socmed kawan2 aku. aku tukar number sampai sekarang number aku cuma family, dia dan berkenaan dgn kerja sahaja yang aku save. Yang lain aku tak save dan aku mmg tak nak save pun.
Sebab aku nk jaga hati dia. sebab aku sayang dia aku nk kan hubungan yang serious. aku dh fikir kedepan, dan aku mengharap ni semua pengakhiran untuk aku dan yang terbaik untuk aku. Tapi aku silap. aku buat semua benda tu tapi dia tak.
Mula aku berkawan dgn dia mmg dia dh berkawan dgn isteri org. bukan sekadar kawan tapi sampai tahap bercinta. Tuhan nk tunjuk dekat aku. dgn sendiri aku dapat tahu tanpa bantuan org. Biasa dengar orang cakap hati perempuan tak pernah salah.
aku percaya benda tu bila dh jadik dekat aku. semasa dia dh mula rapat dgn aku dh berapa kali jumpa family aku dia masih dgn isteri org anak dua. Yes mmg aku marah. aku tanya apa yang dia nak dari aku. jawapan dia nk serious dgn aku tapi aku macam endah tak endah.
aku betul kan balik cara aku sampai semuanya ok aku terus ignore semua benda yang dia tipu aku. tapi aku tak pernah lupa apa yang dh terjadi. lama kelamaan aku dgn dia makin ok. aku dh jumpa mak and anak2 dia. dorang boleh terima aku and aku boleh terima ahli keluarga dia.
semua benda aku buat dgn dia, susah senang kita org hadap sama2. tapi dia selalu tuduh aku buat benda yang bukan2. Dia selalu cakap aku menipu dia. trust issues dia dekat aku mmg zero. aku hadap. sampai aku dh taktau macamana cara untuk aku yakin kan dia sedang kan hidup aku sekarang pergi kerja balik kerja.
Diia kerap amek aku balik kerja kalau dia tak busy dekat ofis. hari2 aku video call dgn dia. tgh kerja, dlm tren, tgh tggu lift, sampai rumah, masuk bilik setiap masa akan video call. tak lama tapi kerap sbb aku rasa itu salah satu cara untuk aku yakin kan dia yang aku tak buat bukan2 belakang dia.
tapi aku masih kena tuduh yang bukan2. sampai sanggup maki hamun aku tanpa rasa bersalah. aku diam aku still minta maaf sbb itu mmg cara aku. salah atau tak salah aku still minta maaf sbb aku akan ada rasa bersalah kalau aku tak minta maaf dgn org tak kira siapa pun.
Dalam otak dia aku tak pernah berubah. selalu ingat aku menipu, selalu ingat aku menggatal dgn lelaki. padahal demi allah aku tak buat apa segala jenis tuduhan dari dia. aku rasa aku totally berubah bila dh nk masuk tahun ketiga.
aku cuma fikir kerja cari duit, family aku and dia. itu sahaja. aku tak pernah berhutang tapi bulan lepas aku terpaksa minta tolong dari dia. Jadi dia tolong aku. semenjak mco ni perbelanjaan aku selalu tak cukup. gaji kena potong, ot takda comission pun takda. cuma aku makan basic.
kereta nk kena bayar, perbelanjaan rumah, duit belanja mak ayah lagi. semua tu aku dahulu kan sampai tak cukup untuk belanja diri aku sendiri. tapi aku tak pernah bagitau yang aku tgh susah. aku diam sampai lah bulan lepas aku terpaksa bercerita dan dia sanggup tolong aku.
Alhamdulillah semua di permudah kan cuma aku masih tak cukup untuk bayar balance yang aku pinjam dari dia. semenjak aku ada berhutang dgn aku hari2 dia marah aku. sampai satu tahap aku cakap dekat dia “you berani marah i hari2 sebab i ada hutang you kan?” macam2 dia cakap dekat aku semua benda yang tak baik.
aku sedih demi allah aku sedih. Sepanjang hidup aku tak pernah berhutang dgn org. tapi kali ni aku terpaksa. macam harini cousin aku dtg kl jadi nk jumpa aku dan lepak sekejap lepas aku balik kerja. aku bagitau dia “teman i jumpa cousin i harini”. dia kata okay.
So aku pun on terus. tapi tadi dia marah aku cakap aku nk pergi menggatal. padahal aku ajak dia suruh teman sbb aku tahu kalau aku pergi sorang dia tak kan lepaskan aku. aku taktahan aku marah dia aku cakap ” jgn sama kan i dgn perempuan you yang lepas2″.
Dia jawab “kau dgn s0n dal aku yang lain sama takda beza”. dia siap cakap “kalau kau tipu aku malam ni, kau acident”. menitik terus air mata aku. aku marah dia cakap macamtu tapi dia cakap kalau tak menipu kau tak payah takut. kalau kau takut maknanya kau buat
Masalahnya aku tak takut min, tapi aku marah aku sakit hati sebab dia sanggup cakap yang bukan2 dekat aku. minta benda yang tak baik untuk hidup aku min. Itu yang buat aku marah dgn apa yang keluar dari mulut dia.
Dia cakap aku tak reti bersyukur. Baru sekali je min aku minta tolong dia sedang kan kalau dia tgh sesak pun rm10 ringgit ada dlm dompet aku pun aku boleh dahulukan dia. Ni dia cakap taknk ada kena mengena dgn aku dh.
kereta aku kejap lagi dia park je dekat mana2 nnty aku pergi amek sendiri. cuba kalau dari awal dia cakap tak payah lah lepak balik rumah terus je. aku ok je min. aku tak kesah pun dan aku tak kan berjanji dgn cousin aku untuk jumpa malam ni.
ini sebab mula2 dia okay jadik aku terus janji untuk jumpa cousin aku. jauh datang alang2 dh sampai kl dia nk jumpa aku sekali. dh terang2 aku ajak dia teman aku and dia boleh ingat aku nk menggatal. Aku tak boleh fikir dh. Hati aku sakit.
Sebab benda ni dia sanggup panggil aku son dal, sanggup panggil aku bdoh, boleh doa kan aku benda yang tak baik untuk aku. Sanggup sama kan aku dgn org lain yang tak elok. Tapi bila dgn org lain boleh gelak2, cakap elok2 segala bagai.
Bila dgn aku semua benda yang tak elok je keluar dari mulut dia. Cakap aku tak pernah berubah, cakap aku perangai tak elok. Tah la min, kadang aku rasa nk lepaskan tapi salah satu masalah sebab sayang. Orang akan cakap sebab sayang sanggup kena hadap benda2 macamni.
Aku ada fikir tapi aku kena lebih kuat kan semangat aku, kuat kan mental aku untuk aku end kan semua benda yang jadik dekat aku. Doa kan aku supaya aku diberikan kesabaran yang kuat. Orang bersabar ganjaran nya besar. Tq min. hide kan profile aku.