Isu Keluarga

Paling takut bila dia cakap nanti kalau kami kawen dia akan kurung dan ikat aku supaya tidak keluar sebab dia takut orang rampas aku

Salam semua maaf kalau kepanjangan terima kasih yang sudi baca.Macam mna nak hadap bf psiko? bf aku bila hubungan kami dalam keadaan baik, dia penyayang, pndengar yang baik, penghibur yang baik, selalu bagi semangat, layan kerenah aku,

pujuk kalau aku mengadah, pandai jaga hati aku, tahu jaga batas, pekerja keras, ada usaha untuk halalkn aku, tak kedekut, pandai atur masa kerja dan masa untuk aku, tak perna tanya tahap pelajaran aku, kawan skrja dia smua tau pasal aku,

keluarga dia pown sama, dia bahagia kan aku dengan kawan2 dia, dia tak malu ada aku, dia harapan keluarga. Tapi masalahnya dalam baik2 dia ada sifat yang aku tak suka, dia cemburu buta, dia tak suka aku post video (tiktok) atau boomerang kat fb ,kadang aku up gmbr pown dia tak suka .

Dia tak suka lelaki react atau komen gambar aku, post gmbr artis korea pown dia jeles, dia tak suka aku kerja, aku jobless sebenarnya. sebelum couple sampai la hubungan setengah tahun macam tu aku kerja jugak cuma boss bagi rehat kedai tutup sebab covid lepas tu boss panggil balik,

Aku krja dua hari ja terpaksa brhenti sebab dia nak aku dduk rumah, dia tak suka aku ada kawan , dia takut aku lupakn dia katanya , dia kaki control. Lagi 2 kalau gaduh even punca sebab dia tapi dia pandai pusing cerita menampakkn aku yang brsalah, mulut macam perempuan tak mau kalah.

Aku kalau semak aku minta break ja tapi mesti dia mggila dia akan ganggu ugot aku, ugot mo call family dan cederakn diri dia ..spam msg sampai aku layan. call bribu kali sampai aku angkat.

Dia tak penah maki aku tapi dia akan bhsakn diri dia dengan prkataan tak baik. kadang aku takut hidup dengan dia sebab mulut dia yang hebat bercakap sedangkn aku jenis tak pandai bsuara.

Paling takut bila dia cakap nanti kalau kami kwen dia nak kurung dan ikat aku supaya tak keluar sebab dia takut orang rampas aku walaupunn bergurau tapi seramm gila bila bayang. Minta d jauhkan..

ada yang perna lalui? Macam mna cara nak lepas dri orang macam ni ya? tolong bagi pendapat apa patut aku buat teruskn hubungan ni atau lepaskn ? Tapi aku tak tau cara nak lepas dri dia sebab dia selalu ugot aku.

Aku taktau apa yang dia takut kan ada ka sebab muka aku macam intan najwah mix wawa zainal? HAHAHA gurau ja. Terima kasih sudi baca maaf ambik masa kamu semua

Leave a Reply

Your email address will not be published.