Isu Keluarga

Masa umur 20 tahun nak kahwin muda sebab malas nak sambung degree dan masa tu pun dah nak habis belajar diploma n planning lepas nikah nak kerja

Hi warga LOB. Alhamdulillah. Lagi sebulan genap umur sis 25 tahun. Aku nak throwback balik 5 tahun lepas dimana aku tak jadi kahwin sebanyak 2 kali tapi orang yang berlainan. Yup, aku down sangat2 sebab melibatkan maruah family.

Masa umur 20 tahun nak kahwin muda sebab malas nak sambung degree dan masa tu pun dah nak habis belajar diploma n planning lepas nikah nak kerja tak mau sambung belajar.

Mungkin doa aku termakbul sebab before nak kahwin aku doa “Ya Allah, jika dia adalah jodohku maka kau jadikanlah perkahwinan aku ini pertama dan terakhir. Aku tidak mahu sebarang cerai-berai berlaku”.

Mungkin doa aku termakbul. Masa tak jadi kahwin aku diperingkat final semester diploma dan kena target utk graduate on time walaupun majlis kahwin cancel dan ramai mak cik bawang membawang pasal ni.

Selepas 5 tahun iaitu tahun 2021 banyak hikmah aku kenapa Allah tak izinkan aku kahwin 5 tahun lepas biar pun dua kali nak akad nikah tapi cancel.

Rezeki aku pada hari aku bersyukur sangat-sangat. Umur 25 tahun, sekarang aku telah berjaya tamat belajar peringkat ijazah secara on time walaupun di musim pandemik, aku memiliki sebuah rumah atas nama aku sendiri.

 

aku juga mempunyai kenderaan motor sendiri dan dah habis bayar segala hutang (abah bayarkan), rezeki aku juga tak sampai sebulan tamat belajar aku dpt tawaran bekerja di syarikat MNC serta jawatan yg sesuai dgn apa yg aku pelajari.

 

Serta, aku juga jumpa pasangan yang sama bidang dan sama perangai. Mungkin ini adalah hasil berkat sabar dan kenapa waktu dahulu tak sesuai untuk berkahwin di usia muda. Sekarang ex aku pun dah bercerai walaupun mereka berkahwin tak sampai setahun.

Aku cukup bahagia bila “FINALLY” jumpa pasangan yang selama ini aku idam-idamkan. Kadang-kadang yang lambat itu adalah yang terbaik.

So far hubungan kami baru masuk 4 bulan tapi tak pernah sekalipun kami tak chat walaupun dua-dua sibuk dgn kerja masing-masing.

Aku doakan apa yang korang rasa sekarang akan capai kemanisan setelah apa yang korang lalui. Doakan kami akan ke jinjang pelamin pada tahun 2023 nanti.

Aku doakan korg bertemu jodoh yang sesuai serta sekufu. Jangan pernah berputus asa. Aku doakan semua pembaca dimurahkan rezeki selalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *