Assalamualaikum semua, admin ni saya pakai fb kawan saya. Macam mana nak cerita eh. Letak nickname aku Melia. Aku dibesarkan dalam keluarga yang okay okay. Tapi daripada kecik papa aku panas baran.
So dari kecik nak tengok papa dengan mama aku gaduh tu perkara biasa. Situasi terjerit2, vavi, $€tan semua tu aku dah biasa. Sampai satu tahap aku dah tak heran. Nak gaduh gaduh la. Papa aku curang, papa aku pukul mama.
Semua aku dah biasa tengok. Aku jadi benci dekat lelaki. Tetap jalani hidup mcm biasa.
Aku jadi perempuan yang takde perasaan. Aku teringat masa orientasi dekat U ada fasi acah2 bergaduh and banyak sungguh perempuan yang nangis sebab takut tengok pergaduhan terjerit pekik mcm tu tp tak bagi aku.
Aku cuma tengok tanpa ada perasaan. I used to it anyways. Aku hidup mcm biasa, ada kawan kawan yang baik, enjoy life dekat
sampai la aku masuk tahun ketiga dekat U. Aku kenal J. J ni boyfriend pertama aku. Lelaki pertama yang aku benarkan utk hadir dalam hidup aku.
Semuanya baik2 saja sampaila aku mula rasa sesuatu dengan J. Mula2 je baik lama lama mcm nak taknak je layan aku. Lepas degree aku bernasib baik sebab terus dapat kerja. Aku seorang Dr di sebuah hospital kerajaan di Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, Allah sentiasa tlg aku, permudahkan hidup aku. J? Tetap ada dengan aku. Aku memang plan nak kawen dgn J. J tua 4 tahun dr aku, J ni sbnrnya senior aku dr dr U yg berbeza. Semuanya ok ok, aku cuba jadi the best girfriend ever.
Teringin nak makan aku masak, tak cukup duit aku belanja, just say it whatever it is.Cuma bulan, bintang dan body aku tak boleh bagi Haha. Kami mcm biasala gaduh gaduh adat resam perhubungan sampaila satu masa datangnya Ex J, Nina. Nina ni tak habis2 kerjar si J.
Aku mula mula malas nak ambil tahu tapi lama kelamaan aku tgk mcm melampau plak. Kita mesti fikirkan kenapa perempuan ni nak kacau bakal suami kita. Sampailah satu hari aku sendiri jumpa Nina, nak tanya apa yang dia cari daripada J.
Pecah Tembelang. Aku dah bercinta dengan J selama 3 tahun. Rupanya J couple dengan perempuan selama ni. Dia cuma baru tinggalkan Nina 5 bulan lepas. Allahuakbar. Aku kena tipu ke? Hancur hati aku hanya tuhan yang tahu.
Aku memang korek habis2 apa lagi yang J sorokkan daripada aku rupanya terlalu banyak rahsia yang disimpan. Yang paling kelakar, semua yang berlaku dalam hidup J, Nina tahu. Apa yang Nina tahu aku tahu. Wahai para lelaki, apakah yang anda mahu?
Do i deserve this? Aku jaga hubungan ni, aku jaga diri aku untuk dihalalkan kau. Tapi apa kau dah buat. Masih segar dalam fikiran aku, Nina hamil. Anak J. Apa yang aku boleh buat. Depan mata aku nina call J, J maki Nina, siap sebut nama aku, dia nak hidup dengan aku.
Menangis kami bersama. Macam anjng kurp J maki nina walaupun tahu anak tu memang anak dia. Dia ugut utk sebarkan video xxx nina jika nina terus nak hubungi aku. Saat aku sedang mengarang cerita ini, mengalir deras air mataku.
Selepas kejadian berjumpa Nina aku jadi depressed. Aku sangat tertekan. Kenaa mesti aku Ya Allah. Kenapa mesti tipu aku J. J, lelaki yang sangat baik. Sangat menjaga batasan dengan aku. Ikhlas nak halalkan aku. Aku kecewa. Namun aku bersyukur Allah tunjukkan kepada aku siapa J sebenarnya.
Aku kemudian terus berjumpa dengan J, sanggup dia menduakan aku selama beberapa bulan aku bersama Nina. Aku sangat kasihan kan dia. Dia mcm adik aku. Walaupun ada khilaf dia terlanjur bersama J tapi ttp bukan salah dia seorang.
Akhirnya Nina terlibat dalam kemalangan dan mengalami keguguran.
Macam novel dah cerita aku ni. Aku terus lost contact dengan Nina. J, aku bukan tak sayang kau. Tapi takkan mungkin aku benarkan kau sakiti hati aku lagi. Sampai sekarang aku memilih untuk sendiri.
J sentiasa cuba utk menghubungi aku, jumpa dengan aku hati aku memang dah tertutup utk J. Sejak kejadiaan aku langsung dah tak berminat nak kenal mana mana lelaki.
Semua yang hadir aku akan shut down kan. Wallahi aku trauma dengan lelaki. Aku tak tahu siapa suami aku nanti. Semoga awak cepat cepat hadir. The women with the highest walls,have the deepest love.