Isu Keluarga

Masalah lain timbul sejak dua menjak ni saya sering di tuduh curang dan hampir setiap hari tuduhan dilemparkan terhadap saya

Assalamualaikum min.. tolong hide profile saya Saya dah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi dengan si N.. pada mulanya saya akui memang saya seorang yang panas baran.. pantang di tegur.

tapi lama kelamaan saya mula berubah untuk kebahagiaan dan kebaikkan saya serta pasangan… dan saya larang dia dari tiru sikap panas baran saya atau menghemburkan kata kata kesat kepada sesiapa pun termasuk saya.

Dan saya berjanji akan menjadi lelaki terbaik dalam hidupnya.. saya beli keperluan dan peralatan rumah supaya dia selesa selepas kahwin.. saya  beli kereta untuk memudahkan pergerakan selepas kahwin..

saya mula menjadi positif dalam setiap perkara.. hampir setiap hari saya luangkan masa dengan dia.. percaya atau tidak kami on call lebih 10 jam sehari.. dia pernah kantoi curang..

alasan dia saya terlalu sibuk bekerja dan tak ada masa untuk dia.. tapi saya maafkan dan teruskan hubungan seperti biasa.. saya akui saya kongkong life dia.. saya kawal cara pemakaian dia..

saya akan marah kalau dia pakai pakaian yang ketat ketat.. sebab saya taknak orang pandang dia sebagai simbol s€ks atau bahasa kampung ” bahan melan chap”. saya nasihatkan dia dari semua sudut… saya tegur kesalahan dia..

memang saya jaga betul betul agar dia berubah menjadi seorang wanita yang hebat dari segi akhlak dan pakaian.. tapi saya tak pernah halang dia untuk kemana mana dengan kawan kawan dia.

saya cuma mintak dia bagitahu bila nak keluar.. dengan siapa.. itu sahaja.. dan saya akan tanya bila dia akan  balik.

Masalahnya lain pulak cara dia layan saya kisahnya saya jenis yang suka bersukan ekstrem jadi setiap hujung minggu saya akan melakukan aktiviti saya.

dan setiap hujung minggu juga saya dituduh keluar dengan perempuan dan dituduh melakukan hubungan sulit dengan perempuan lain.

Masalah lain timbul sejak dua menjak ni saya sering di tuduh curang dan hampir setiap hari tuduhan dilemparkan terhadap saya dan semua masalah dari sekecil kecil kuman diangkat menjadi sebesar besar nya..

pernah saya meninggikan suara sekali untuk menyatakan perkara sebenar.. namun dia makin galak memaki hamun saya.. saya sebagai lelaki selalu mengalah dan cuba bersabar.. namun diherdik dengan kata kata kesat dan sering mengugut untuk memutuskan hubungan.

dan kadang kala dia seakan akan menghalau saya.. kemuncaknya terjadi baru baru ni.. kami bergaduh dan saya jujur pada dia yang saya dah penat untuk hadap perangai dia..

saya jujur yang saya dah tak sanggup dituduh hari demi hari.. dia ada merayu dan meminta maaf pada saya.. namun semua itu tak semudah 123 untuk memaafkan dia..saya perlukan masa untuk rawat hati yang dah dirobek robek selama 2 tahun perkenalan kami..

malam tu.. dia keluar dengan kawan2.. pakai seksi sampai nampak tetek.. mabuk di pusat karoke.. saya betul2 kecewa dengan dia.. perangai dia berubah serta merta.. sama ada dia berubah atau itu memang perangai dia sejak dulu saya tak tahu.. tapi disebabkan hal tu.

saya jadi risau dan takut untuk meneruskan hubungan dengan dia.. boleh ke dia jaga anak anak saya dengan sikap macam tu.. boleh ke dia berubah menjadi perempuan lebih baik.

boleh ke dia jadi contoh kepada zuriat saya nanti? Minta pandangan kawan kawan yang lain perlukah saya teruskan hubungan ini dengan dia atau pun saya perlu mencari kebahagiaan dengan orang yang betul..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *