Assalammualaikum admin dan pembaca setia krt.. diharap semua sihat dan bahagia dalam lindungan-Nya. Ini merupakan coretan pertama saya disini.. yang buruk boleh dijadikan iktibar.. yang baik boleh diteladani.. saya juga mengharapkan nasihat yang baik2 dari pembaca sekalian.
Saya aisyah. Dahulu saya bekerja disebuah syarikat di selatan tanah air.. sekarang tidak lagi.. semuanya berubah setelah saya berkahwin. Sebelum berkahwin saya telah mempunyai rumah dan kereta sendiri.. dan dia tidak mempunyai apa2.
hanya sekadar motor cabuk untuk dia pergi bekerja.. selepas berkahwin,kami pjj sementara masing2 mempunyai komitment. saya masih bekerja atas izin suami.. namun, tidak ada yang senang dengan keadaan kami.. mak mertua selalu menghasut suami.
supaya bertegas dengan saya.. meminta agar saya berhenti kerja dan pulang menetap bersama suami.. saya teramat fobia untuk tinggal bersama mertua kerana sedia maklum lagi banyak buruk dari baiknya..
dirumah mertua juga ada ipar duai yang duduk sekali dan ini lagi lah menambah kan serabut di kepala.. aduhhh mengeluh panjang saya. Selepas beberapa ketika, saya berbincang dengan suami untuk memberikan saya sedikit masa untuk mengumpul duit membayar deposit rumah sewa kami..
saya sedia berpindah dengan syarat ada rumah sendiri dan tidak tinggal bersama mertua.. Alhamdulillah.. suami mengerti..
Permasalahan saya diketahui majikan.. lalu majikan saya bersetuju menukarkan saya ke negeri dimana suami menetap.. syukur tak terkata waktu itu Tuhan mudahkan urusan saya..
Namun bahagia yang saya harapkan tidak berkekalan.. nak mencapai bahagia itu jauh sekali.. bila kita telah duduk serumah,barulah kita tahu erti perangai sebenar pasangan.. suami yang saya lihat sebelum ini baik budi pekerti menjadi satu2 manusia yang tak pernah saya kenali..
di awal kami mula hidup bersama,makian yang saya dapat bertalu2.. entah apa yang dimarahkan sangat pon tidak saya tahu.. bila saya ajak berbincang 4 mata, dia mengelak.. berdiam diri.. namun apabila di WhatsApp bertalu2 makian yang saya terima.. ya allah.. apa salah saya? Buntu.
Walaupon bekerja,saya tidak pernah gagal menyediakan segala keperluan suami.. masak membasuh.. mengemas.. semuanyalah.. walaupon letih bekerja saya tetap menjalankan kewajipan sebagai isteri.. kalau boleh saya nak nampak sempurna dimata dia..
Suami seorang yang lemah lembut dalam bicara.. rajin solat.. bertahajud.. al quran juga tidak lekang dibibir.. solat berjemaah dimasjid tidak pernah terlepas jika berkelapangan.. tetapi.. kenapa bila dirumah,saya menjadi sasaran amarah? Hari2 saya dimaki dihina..
ayat yang saya masing terngiang2 di telinga sehingga kini “sepanjang hidup aku, banyak2 benda aku menyesal buat ialah aku menyesal jadikan kau isteri aku”.. tak tahu la remuk hati ini bagai kaca yang menghentam batu.. sedih hanya tuhan tahu.. saya hanya mampu bersabar ketika itu kerana memikirkan perkahwinan yang baru dibina..
Untuk pengetahuan pembaca suami masih berhutang duit hantaran kepada saya dan sehingga kini tiada kata untuk menyelesaikannya.. kenapa? Mesti pembaca tertanya2 kan.. dah tahu takde duit buat apa kahwin kan? Saya nie cuba tidak mahu menjadi beban kepada dia.. sebab itu lah saya dahulukan duit saya..
dia berjanji akan bayar.. namun senyap sepi.. sehinggalah kini.. mesti ada dikalangan isteri2 yang mengalami nasib yang sama kan? Itulah bila orang cakap perempuan memilih nak yang berharta.. tak layak dibuat isteri kerana tidak boleh hidup susah..
tapi bila kita perempuan boleh terima kurang lebih suami yang tak berharta kenapa suami tidak boleh hargai? Membisu bukan? Kemuncak perbalahan ini bila saya mengalami depression.. saya tiada sahabat jauh sekali saudara mara untuk meluah apa yang terbuku dihati..
mereka semua berada jauh di selatan.. sedangkan saya di utara.. apekan daya saya.. lalu saya larikan diri ke kuala lumpur demi mencari ketenangan jiwa.. tanpa saya sedar,saya keguguran.. terkilan betul rasa saya waktu itu.. sedih hanya tuhan tahu.. dugaan saya bertimpa2..
saya tahu.. ada akan kecam saya.. nusyuz.. bagaimana saya tidak lari kalau tiap hari dimaki? Barang2 rumah dilempar kedinding.. pintu dihempas tiap kali.. saya tidur diluar berlantaikan simen.. dia? Dia dibilik bertilam empuk.. pintu bilik dikunci.. tidak beri saya masuk ke bilik.. apa erti semua ini? Adakah ini “suami” dengan layanan seperti ini?
Setelah pelarian saya,dia tidak memujuk untuk pulang.. kata maaf pon tiada.. yang ada hanya lah surat mahkamah yang sampai dirumah.. arahan untuk bicara.. berpisah.. keluarga mertua menyokong tindakan suami.. rata2 apa yang mereka sampaikan..
Isteri seperti saya tak perlu disimpan.. banyak lagi perempuan yang layak dan baik untuk suami.. saya hanya mampu redha.. redha dengan apa tuhan telah tentukan untuk saya..
Maka.. di akhir ramadhan lalu saya diceraikan dengan talak 1.. Alhamdulillah.. mungkin ini yang terbaik untuk penderitaan saya.. dan selepas bercerai, si dia terus mendapat pengganti baru.. iye.. pengganti yang lebih baik dari saya..
Sehingga kini.. saya masih mencari kekuatan untuk saya bangkit berdiri seperti dulu.. untuk pulihkan semangat saya.. lebih2 lagi setelah saya kehilangan orang2 tersayang angkara covid19.. doakan saya wahai pembaca budiman.. saya juga mendoakan kalian.. terima kasih..