Isu Keluarga

Sampaikan aku pernah mengaku pada dia kalau aku sudah tido dengan lelaki lain supaya dia lepaskan la aku  tapi Demi Allah aku tak sejahat itu

Assalamualaikum. ijinkan aku untuk meluahkan rasa kecewa yang lama trrbuku. Aku sorang istri dan sorg ibu dari 4 permata hati ku. Malam tadi macam biasa  kami gaduh  dan aku cakap kepada smua anak anak ku jika nanti mereka dah faham dan  pandai urus diri sndri aku dan ayahnya tidak lagi akan bersama.

Aku tak sanggup hidup tanggung dosa sebab selalu bergaduh. Aku tau surga sorang istri ada pada suaminya tapi jika suami yang selalu berkata kasar, kaki pukul suka fitnah, aku tak rasa syurga akan aku dapattkan. Aku tak nak habiskan masa hdupku sperti ini.

Jika masanya nanti sampai, biar aku jd janda dan bahagia bersama anak anak ku.  Aku tak faham untuk apa aku dipertahankan. tapi selalu di fitna, kalau memang aku seburuk yang dia cakap lepaskan je aku.

Sampaikan aku pernah mengaku pada dia kalau aku sudah tido dengan lelaki lain supaya dia lepaskan la aku  tapi Demi Allah aku tak sejahat itu. Aku pun bosan 9 tahun menghadap dia, Bercakap kasar, tak pernah fikir perasaan istri; memfitnah macam2, pukul tendang baling istri sampai da pernah masuk lokap pun tak serik lagi.

Aku tak rasa dia akan berubah..
Kalau la aku ada uang lama dah aku tinggalkan dia dan besarkan anak anak sndri. Aku da bersedia  mnjadi janda, aku dapat bayangkan aku akan bahagia bersama anak anak ku yang baik ini tanpa dia.

Dia yang selalu memfitna aku brcakap kasar tak pernah menghargai aku. Yang buat aku jd istri derhaka. Tp tunggulah sampai anak anak aku faham dan boleh urus dri sndri, aku akan berubah kerja aku demi membesarkan mereka.

Akupun tak nak jadi ibu yang ego, demi melepas derita lalu mereka akan mendrita kerana hanya dibesarkan oleh 1 orang tua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *