Isu Keluarga

Entah apa merasuki sehingga saya terima dan maafkan dia untuk kali ke 2 dan membiarkan je dia pergunakan badan saya mcm hak milik dia

Salam admin tolong hide profile sayaNak berkongsi tentang kisah saya dengan ex-boyfriend. Ini kisah tentang cheater, liar and manipulator. Harap dapat dijadikan pengajaran. Saya mengenali L sewaktu kami sama sama belajar di luar negara.

L sangat disenangi rakan-rakan kerana perwatakannya yang kelakar. Tapi disebalik perwatakan dia yang funny tu, hanya Tuhan saja yang tahu. Waktu saya nak habis tahun pertama, L luahkan perasaan pada saya, bukan tu je, dengan semua orang dalam komuniti kami dia bagitahu yg betapa dia sukakan saya.

Bila dia buat mcmtu, kawan2 mula menghasut saya “kenapa kau tak terima dia, dia baiklah, dengan semua orang dia cerita pasal kau”. Maka saya yang naif pun akhirnya terima L dan kami bercinta. Namun masuk tahun kedua, saya ada masalah kesihatan dan perlu balik Malaysia for good.

Masalah timbul bila dia balik Malaysia L mula mahukan lebih dari berpegangan tangan. Saya tak tahu mcm mana saya boleh termakan dengan pujukan dia, dia ragut kesucian saya. Bila saya menangis dan kata kat dia yang saya dah tak suci. Dia cakap “Siapa yang ambil dara you? I kan? Jadi i lah akan bertanggungjawab”.

Saya pun bdoh percayakan dia. Sebulan lepastu, waktu kami dinner sama2, kantoi dia masih contact ex dia. Dan saya nampak gambar2 dia berpegang2 mesra dengan ex dia tepi pantai. Saya menangis, meraung. Kemudian dapat pulak text dari kawan baik sendiri, kawan saya kata L cuba utk mengurat dia dekat tinder.

Hancur luluh hati saya Tuhan je tahu. Rasa tak tahu nak bawa diri ke mana lagi. Tahu ex saya buat apa? Dia sujud kat kaki saya, menangis2 mohon maaf. (Ciri2 seorang manipulator). Saya tinggalkan dia. Saya mintak some time off. Saya bertaubat, dan mulakan kehidupan baru.

Rupanya di sepanjang saya amik “time off” tu dia rancak dm dan text kawan2 kami bgtahu betapa dia sayangkan saya, dsb. Jadi kawan2 pun cubalah yakinkan saya yang dia dah berubah, dia baik, etc. (Ini pun ciri2 manipulator)

Saya tak tahu apa merasuki akal saya sehingga saya terima dan maafkan dia untuk kali ke 2 dan membiarkan je dia pergunakan badan saya mcm hak milik dia. Masani dia pun dah balik malaysia for good. Saya igt saya boleh bina hubungan yg lebih aman.

Tapi saya pelik, waktu saya dtg ke negeri K tempat dia tinggal, saya dilayan dengan sangat dingin oleh keluarga L. Saya kecil hati tapi maafkan dan biarkan saja. Sehinggalah waktu dia dalam flight nak sambung belajar di middle east (kira kira 9 bulan lepas saya terima dia balik),

ramai perempuan dm saya tanya apa hubungan saya dengan L. Mereka tnjuk conversation mereka dgn L yang mesra2. Saya terduduk. Menangis. Meraung lagi dan tak henti salahkan diri sendiri.

Mungkin keluarga L dingin kat saya sbb mereka tahu anak/adik mereka kaki perempuan dan mereka fikir saya hanyalah antara perempuan yg dia perdaya.

Sksa kerana diduakan dan dicurangi adalah amat amat perit, jauh lebih sakit berbanding putus sbb selisih faham, tak serasi, dsb. Setahun saya refleksi diri, menangis atas sejadah, minta diampunkan atas semua dosa2 saya dgn L.

Alhamdulillah setahun selepas kejadian ni, saya jumpa lelaki yg jauh lebih baik, yg terima saya seadanya dan hormati saya sebagai seorang wanita. Lelaki baik itu ialah kawan baik saya sendiri yg dari jauh hanya memerhati. Alhamdulillah bila saya ceritakan perkara sebenar, dia dapat terima dengan lapang dada.

Rakan-rakan wanita yang lain, bila nampak je ciri ciri manipulator, cheater mcm L tolonglah angkat kaki dan pergi dan jangan toleh2 belakang lagi. Sekali dia pijak kita, berkali2 dia akan pijak lagi. Berilah sayang kita pada yang lebih layak menerimanya. Jangan bagi muka dkt orang yg curang. Jangan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *