Isu Keluarga

Aku janda anak 1 umur 35 dah bercerai 9 tahun lepas dan sepanjang kami bercinta macam2 dugaan min.

Salam min. Bole hide profile aku tp nie real account. Aku janda anak 1 umur 35 dah bercerai 9y ago. Masa aku muda mudi dulu (2004) pas abes kolej aku kje cashier kat pasaraya n then kenal dgn seorg lelaki nie.

Dia sales asisstant bahagian aksesori kete. Dia mengorat aku n kitorg pun bercinta dekat 2 thn. masa tu aku serius dgn dia n kami dh plan nak kawen muda (dia 21,aku 19).

fmily dia setuju tp fmily aku plak menentang dgn alasan aku trlalu mentah nak berumahtangga. Disebabkan aku patuh aku putus dengan dia. Kami bawak haluan msg2.

Tapi aku still tau perkembangan dia sikit2 sebab dia ada pm aku kt fb. Cuma perbualan gitu2 aje. Dia ada ajak get back pada thn 2009 (mse tu msg2 masih belum kawen) tapi aku tolak sbb aku dah ada boipren lain.

Dipendekkan cite 2010 aku kawen, Dan dia 2016 kawen. perkawinan aku bertahan 2 tahun (2012 bercerai) disebabkan masalah biasa la lelaki. Masa aku pregnant dia ada orang lain. Selalu gaduh dan pas pantang kami cerai.

Dia pulak pas kawen lain tapi kurang sefahaman dengan isteri dan jodoh tak panjang kami berkawan semua 2 tahun lepas (2018). Sepanjang bercinta macam2 dugaan min.

Aku ingat dia yang terbaik tapiii. dia dua kali jgk kantoi ada org lain sbb aku aritu mntk pnjm hp konon nak call org tp aku bukak ws dia. Terkejut beruk aku tengok banak giler chat dia dengan pompuan2. siap mntk pic sxy. kat messenger fb pun sama.

bersepah hai haii pompuan dan ajak berkenalan sdgkn masa tu dia kata serius dgn aku (nak peristerikan aku). Sumpah aku sedih masa tu. gaduh beso jugak min. Tapi aku maafkn sbb dia janji nak berubah. dia kata dia cuba utk berubah sbb dia syg sgt2 kt aku.

Lepastu hbungan kami berjalan spt biasa. hgga la musim pkp nie ada lg dugaan utk aku. kan gov umumkn nak bg bantuan geran rm3k utk usahawan. So dia mntk aku tlg isikan online sbb line dia slow. Mase tu la aku tau sgala mcm details dia. Email. Password dia.

Alhamdulillah kami dua2 lulus geran tu. sampai la 3 ari lepas aku terpikir nak log in fb dgn messenger dia gne emel n password yg dia beri dlu dan yess.

Betol plak tu passwordnya. mse tu la aku bce smua chat2 dia. yaa dia lgsg tak berubah. Sama jer macam dulu.

Aku tnya dia kenapa? kali nie dia mengaku Tak ade pun dolak dalih. Dia kata “inilah diri abang. Abang tak boleh nak ubah”. masa tu aku dah tak ade rasa apa dah min. Tak reti nak sedih, tak reti nak nanges dh.

Sebab aku ase hati aku hancur gila berderai macam kaya. Kosong pikiran aku sekosongnya. Aku ase lost. aku mntk putus jer dgn dia. Aku ckp maaf la aku dh tak sanggup lagi n guess what dia tak banyak cerita pn. Dia kata “klu itu yg syg rasa terbaik”.

ko bayangkan. so sekarang dah 3 ari aku break up. Aku tau aku bukan la yang istimewa dlm hati dia. Sebab mudah sangat dia lepaskan aku pergi. memang aku yang mntk putus min tapi entah la..

skrg dia still ws aku bertanya kabar as friend. Aku balas jer macam biasa. tapi masalahnya aku heart broken gila. Sakit nya putus cinta. Aku sayang dia tapi dia khianati aku min.

Tolong friends bagi aku kata2 semangat atau doa kalian. Untuk aku kuat hadapi masa2 mendatang. Anak aku pun tak tau lagi aku dah tak ade pape dgn dia (anak aku rapat juga dgn dia). aku tak ade kekuatan nak cerita…

aku memang tak guna account fake min sebab mana laa tau ada follower yang nak fix kan hati aku yang broken nie. Bole la ko bagi fb aku yer min. Tapi awal2 cakap la kalau dia nak yang lawa itu bukan aku. Tapi insyaAllah aku bole kasi cinta dan kesetiaan yang tulus aminn. Tq semua…

Leave a Reply

Your email address will not be published.