Isu Keluarga

Hari tu saya keluar dengan dia dan terjumpa dengan colleague dia boleh pulak perkenalkan saya sebagai kawan dia jer

Salam admin dan warga LOB. Tolong hide profile saya. Nie first time saya post kat sini. Saya seorang wanita yang berumur 28 tahun. Saya dah pun bertunang bulan 3 hari tu dan akan bernikah bulan 12 nanti (inshaallah).

Tunang saya seorang doc dan berumur 30 tahun. Ikut perancangan asal ibu-bapa dia datang merisik je mase tu tapi disebabkan ayah saya terlalu excited nak terima menantu lelaki (saya ank bongsu drpd 3 beradik dan saya sorang je perempuan).

Die pun cakap anggap tu bertunang terus je. Saya seorang yang simple jadi tak kisah sangat la walaupun tak ada majlis bertunang.  Saya kawan dengan dia dah nak dekat setahun lebih.

Dia jenis yang hormat orang tua tapi kuat cemburu dan perahsia sikit. Saya pernah tanya dia kenape tak pernah post gambar saya kat fb/insta tu semua? Dia bagi alasan yang dia tak suka dedahkan hal peribadi dia dekat public.

Kadang-kadang saya terfikir juga, dia malu ke nak post gambar dengan saya? Buruk sangat ke saye nie sampai dia tak nak upload walau sekeping pun gambar dengan saya.

Tapi kalau saya punya media social, disuruhnya saya post gambar dia dengan alasan biar orang tahu yang saya dah berpunya. Siap lepas tunang hari tu terus dia ambik fon saya tukar status fb saya kepada engaged sedangkan status fb dia still single sampai sekarang.

Hari tu saya keluar dengan dia dan terjumpa dengan colleague dia boleh pulak perkenalkan saya sebagai kawan dia jer. Sentap jugak saya mase tu tapi saya buat selamba jela.

And pernah saya terbaca one of his Whatsapp chat dengan seorang nurse kat tempat kerja dia and bile saya tanye dia cakap tu kawan je.

Semua kawan dia tak tahu yang dia dah bertunang and dia still layan perempuan lain macam dia tu single tak ada ikatan pertunangan pun dengan saya.

Tapi bila saya balas chat kawan2 lelaki kat tempat kerja dan jugak kawan mase kat U dulu (balas dalam group not personal), pandai pulak dia nak jealous.

Minggu lepas kawan mase saya belajar dulu bergurau and ungkit pasal saya reject dia dulu tu yang dia membujang sampai sekarang. Tunang saya terbaca chat tu di group Whatsapp and sampai sekarang dia merajuk dengan saya.

Dia cakap saya curang dengan dia walhal saya tak pernah layan personal chat dri mana-mana kawan lelaki (kecuali hal urgent melibatkan kerja). I know my limit as someone fiancee and i’ll never cheat on him. Tapi tu la kan. Kalau dia buat boleh je.

Kawan dekat insta comment dekat gambar saya pun dia jealous and cakap yang diorang semua tu nak menggatal dengan saya. Habis dia block kawan-kawan yang komen dkat gmbar saya.

Kalau yg dia punye takpe pulak. Ramai je perempuan yg komen dekat fb dia puji yg dia handsome la, macho la tapi takde pun saya nak melenting pergi block and serang kawan2 perempuan dia tu.

Saya sebenarnye tak tahu dah nak cerita kat sape. Saya segan nak cerita dekat abang2 saya walaupun diorang sporting. Dengan kawan2 pun saya malu. Dah bagai ditelan mati emak diluah mati bapak dah.

Hari tu saya ada cakap kat dia yang kalau dia tak sedia lagi nak nikah baik hold dulu. Tapi dia cakap dia dah 100% bersedia utk jadi suami saya. Kalau tak jadi kahwin dengan saya dia sanggup membujang sampai ke tua.

Selama ni pun saya tak pernah desak dia untuk cepat-cepat halalkan saya sebab saya tak nak membebankan dia tapi dia yang beria-ia suruh parents dia masuk merisik hari tu.

Pening saya dengan perangai dia. Warga LOB tolong doakan perkara yang baik2 untuk saya ye. Terima Kasih. Assalamualaikum..

Leave a Reply

Your email address will not be published.