Salam min dan warga krt. Aku nak luahkan ketiadak puasan hati aku terhadap suami, duda anak 3 dan suami aku memang cukup baik nafkah zahir batin cukup, nafkah untuk bekas2 anak dia pun cukup.
Apa aku nak semua dapat, nak rumah, nak kereta, nak emas, semua dapat. Suami akan usahakan permintaan aku. Aku melahirkan sepasang anak yang yang comel baik dan pintar.
Rumah tangga kami Alhamdulillah memaang cukup bahagia, dikurniakan mak mertua ipar duai yang cukup baik, walaupun kadang2 mil suka banding2 kan aku dgn bekas isteri suami, tapi aku tak lah ambil hati sangat.
Suami solat 5 waktu, hari2 solat sunat, solat taubat, baca Al quran dan rezeki makin melimpah ruah. Masalahnya ada lah janda suami kerana dulu dia yang meminta cerai dan taknak bermadu tapi kenapa sekarang dia bagi hint seolah olah nak rujuk?
Baru2 ni terkantoi dia hantar gambar2 tidak memakai baju pada suami, dan suami pun melayan dan suami berkata kalau dia rindu belaian jandanya. Dasar janda tak tahu malu.
dulu ajak bermadu tapi dia taknak, sekarang dia mula mengoda suami, hari2 nak jumpa suami atas alasan anak2 rindu padahal dia yang tergedek gedek.
Pernah sekali aku block dia pakai hp suami, tetiba esok nya dah suami unblock, dan baru2 ni suami menyatakan kalau dia nak rujuk sebab nak anak2 mereka hidup sempurna bersama anak2.
Tapi masalahnya kan dulu dia taknak bermadu dengan aku sampaikan sanggup bercerai, kenapa sekarang dia nak rampas suami aku? Aku memang tak setuju.
lepastu suami tak kisah pun kalau aku tak setuju. So dia terus je rujuk. Lagi lah mertua suka sebab dia bekas menantu kesayangan. Aku suruh suami pilih aku atau dia. Tapi suami cakap kalau dia sayang dua.
Pastu suami aku bagi2 masa kalau aku hanya sabtu dengan ahad je dgn suami. Isnin sampai jumaat akan berada dirumah pompuan tu. Dasar janda perosak.
Sampai aku hilang sabar aku buka tudung dan pakai baju sksi then aku pos dekat media social pastu aku add ramai lelaki, biar dia rasa kalau aku ni ramai peminat.
Bila dah sampai cerita ni pada suami, suami aku suruh padam dan block semua kawan lelaki, tambah suami suruh, tambah aku buat. Aku cakap kalau nak aku tutup aurat macam dulu, ceraikan perempuan tu.
Tapi suami aku berkata kalau aku isteri derhaka lalu menjatuhkan talak 1. Salah ke aku sebagai isteri yang nak kan perhatian suami, aku sayangkan dia sangat2.
Aku tak boleh terima penceraian ini. Anak2 pula suami nak rampas. Aku steress sangat. Salah ke tindakan aku?