Isu Keluarga

Nak dijadikan cerita satu hari aku tengah duk dalam bilik mengucap panjang aku bila ternampak kelibat perempuan yg ntah sape sape dalam bilik babah aku

Assalamualaikum dan Hai… Min dan Warga LOB. Min aku harap sangat sangat min Post kan luahan aku ni, sbb aku sangat perlukannya. Min harap min hide kan FB ni.. ni FB kawan aku. Aku tgh bercuti . Aku malu nak pkai FB sendri.

Terlebih dahulu aku kenal kan diri aku. Siti. Umur 31 tahun. Bujang. Tinggal di tgh2 semenanjung Malaysia. Mungkin Coretan ini akan panjang. Aku harap ade yg sudi baca. Aku buntu. Aku tertekan. Aku di besar kan oleh keluarga angkat.

Aku ada 3 org abg dan 1 org kakak semua sudah berkhwin dan tidak tinggal berdekatan. Ibu angkat aku adalah Teman Terbaik aku. Tapi Ibu telah pergi menghadap Ilahi. Ibu aku yg banyak membesarkan aku. Semoga Allah beri yg baik baik utk dia di Sana.

Rindu. Selepas 3 bulan Ibu meninggl, Babah kahwin lain. Aku sejujurnye dari mula memang tak suka mak tiri angkat aku ni.. sbb dia sudah hadir Saat aku study lagi. Aku sudah lamé tau kecurangan Babah aku ( Ibu aku lagi la lamé da tau).

Jadi aku tak mampu nak maafkan. Ye aku tau mesti warga LOB akan cakap patutnye Babah aku Pun bersalah. Semestinye bersalah. Tetapi sejak kecik sampai besar Ibu aku selalu ingtkan aku, sentiasa hormat babah aku sbb dia Yang buat keputusan utk ambil aku sebagai anak angkat.

Saat membesar aku memberontak tapi aku tak liar… aku sayang sgt sgt kat Ibu aku. Dia yg jaga aku. Babah aku selalu tak de rumah, ade tak pernah balik sampai 2 tahun, lepas tu timbul balik. Jadi warga LOB paham la kan.

Aku memang rasa cukup ade Ibu aku je.. tapi sekarang da tak ada. Masa Ibu aku pencen. Ibu aku decide nak stay balik kampung. Babah aku pun stay skali. Jadi memula aku agak kekok juga. Yelah sebelum ni kami ber dua..

sekarang bertiga. Ibu aku selalu cakap Ape yg jadi antara dia ngn babah leave it to dia n babah. Aku? Aku just jadi anak Ibu yg terbaik. Dan Ibu selalu cakap maybe babah gagal jadi suami yg betul2 baik tetapi babah selalu baik n manjakan aku walau nak mintak Ape Pun.

Kenyataan ni betul, walau aku anak angkat, tapi aku paling layan babah aku dgn baik. Babah mmg layan aku mcm anak dan tak pernah buat benda terlarang dekat aku. Abg2 dan kakak aku baik jugak just lebih kepada baik yg awkward dgn babah aku.

Sejak babah aku kawen ngn mak tiri ( aku panggil aunty jela). Hidup aku berubah byk. Aunty masuk rumah ni dgn tak ada rase bersalah, conquer habis habisan. Semua benda yg aku buat dlu semua sekarang tak bole.

Dapur aku tak bole guna time dia guna.  ( aku da besar jadi aku masak sendri makanan aku. Semua kerja rumah aku, aku buat sendiri. Bagi aku mak tiri tu hanya perlu jaga babah aku je) .

Basuh baju aku mintak hari minggu aku nak basuh ( sbb aku keje dari Isnin sampai Jumaat) Tapi hari minggu la dia akan basuh baju dia. Kereta aku, benda yg aku letak kat dlm Kereta aku semua dia bising.

dia cakap kenapa letak brg2 aku. Pdhal Kereta aku, aku yg bayar bebulan. Bile aku ade kat sesuatu tempat dia akan cakap tak nak aku kat situ sbb sempit. Barang2 aku. dia buang sesuka hati tanpa tanya dulu. Aku pulak bukan jenis cepat mengadu, aku tak cakap pape ngn babah aku..

just bile babah aku tegur tentang sesuatu yg aku yakin mmg dari mulut mak tiri aku, baru aku defend diri. Jadi selagi babah aku tak tegur or cakap pape aku memang telan je semua mak tiri aku buat.

Aku stress setiap kali kat rumah. Zaman PKP ni aku sanggup nominate diri aku Work From Office. Kalau ade warga LOB tanya kenapa tak mau menyewa rumah aku tak mampu nak sewa rumah atau beli rumah Pun waktu sekarang ni.

Kalau org tanya kenapa beli Kereta dulu. Aku beli sbb nak mudahkan aku Pi kerja dan utk bawak babah aku kalau jalan jauh (selesa). Babah aku 67 Tahun. Lagi Pun aku beli Kereta biase saje. Jadi warga LOB bole fikir tahap tekanan aku tiap tiap ari.

Dan tekanan aku makin bertambah. sbb.. perangai babah aku. Mak tiri aku pulak rajin balik kampung dia. Tapi babah aku tak mau ikut. stiap kali mak tiri aku balik kampung. setiap kali tu lah, babah aku tak kan duduk rumah.

Aku sebagai berpengalaman atas gerak geri laki ni. aku mmg syak babah aku ade perempuan lain la tu kat luar. Nak di jadi kan cerita satu hari aku tengah duduk dalam bilik aku tak on Lampu aku dengar babah aku balik tapi da malam aku Pun biar la.

esok nye aku nak bangun subuh pukul 5 lebih pagi dan aku Pi bilik air hati aku mmg terdetik Bau minyak Wange sape la ni. tapi aku mcm tak endah kan la. aku terus solat. dan aku tutup Lampu bilik aku.

Tepat pukul 6.30 aku dengar babah aku bukak peti ais. tapi dalam masa Yang same aku dengar ada orang tgh mandi. Aku jd berdebar. Aku fikir sape yg mandi. Mak tiri aku belum balik Pun.. dia balik kampung seminggu.

Dengan perasaan ingin tahu. aku tunggu dan aku tengok celah pintu siapa Yang keluar bilik mandi.. lepas beberapa minit. Mengucap panjang aku bila ternampak kelibat perempuan yg ntah sape sape dalam bilik babah aku.

Aku buntu, aku terpana dan aku menangis. Aku Bagai tak percaya. Kenapa babah aku buat semua maksiat ni dalam rumah Ibu aku. Ya Allah. aku sedih sgt.

Aku tak tahu nak buat Ape. Aku tak ada kawan rapat. Kawan rapat aku hanya Ibu aku dan tunang aku ( yg bole aku share semua benda, yg aku percaya).

Jiwa aku bagai dirobek. Aku tak tau nak buat Ape. Aku sedar aku hidup menumpang kat sini. Jujur kalau aku mampu aku takkan tinggal di sini. Aku terfikir nak telefon pejabat agama Saat perempuan tu ada rumah.

Tapi kalau telefon nnt dengan aku aku sekali kena angkut sbb aku bukan mahram jugak. Aku buntu tak tau ape Harus aku buat.
Aku just menangis2 bgtau tunang aku. Tunang aku mcm terkedu. Tapi dia percaya Ape aku cakap. Kami berdua pernah Plan nikah awal tapi Allah belum izinkan.

Mcm mcm terjadi. Salah satu nye sbb Ibu aku sakit dan aku nak Fokus kat Ibu aku.. aku Pun sampai penat berharap dan plan byk2 sbb selalu keadaan tak mengizinkan. Sedih. Aku sayang tunang aku, dia lelaki Yang baik.

Tapi jodoh kami mcm berat sgt2. Moga ada sinar bahagia untuk aku tahun depan. Aku da tak larat nak hadap benda ni lagi. Aku Pun ingin rasa bahagia.

Aku nak pergi jauh dari rumah ni dan dari babah aku.. yg aku dpt fikir skrg ni. kalau aku nikah aku tak yah da hadap, mak tiri aku dan perangai babah aku. Sekarang ni hanya doa kepada Allah dan support dari tunang je yg buat aku kuat. Tapi aku puas menangis. Sbb aku penat sgt.

Kejadian babah aku bawak balik perempuan tu aku tak cite dekat abg2 dan kakak aku, sbb aku tak pasti patut ke aku bgtau, sbb mereka darah daging kandung.

Aku tak nak mereka buat sesuatu yg membolehkn mereka jdi durhaka dan memutuskan silaturrahim yg memang suam suam kuku antara mereka dan babah.
Aku tak tau nak buat apa. Warga LOB doakan untuk aku ye. Semua saranan, teguran, kritikan aku dahului dengan Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *