Isu Keluarga

Suatu hari tu aku tergerak hati nak bukak gogle mungkin Allah nak tunjuk sesuatu alangkah hancurnya hati aku masa tu

Salam min & semua followers LOB. Tq min sudi siarkan.. Cerita ni mungkin akan mengaibkan, tapi aku betul2 buntu & perlukan pendapat org yg lebih arif..

Aku ada bf, kami dh hampir 2 tahun bercinta dan merancang utk ke fasa yg lebih serious. Setakat ni dia takde masalah curang pun. Aku hari2 check phone dia.

Suatu hari tu aku tergerak hati nak bukak gogle mungkin Allah nak tunjuk sesuatu alangkah hancurnya hati aku masa tu, dia tengok laman web tak senonoh min. Menggigil tangan aku, rasa mcm nk tercabut jantung.

Masa tu dia takde dgn aku pun, dia tinggal phone kt aku. Air muka aku terus berubah masa tu, tapi aku cuba buat mcm tak tahu apa2 dan sampai sekarang dia masih tak tahu yg aku tahu perangai sebenar dia.

Betullah, perempuan ni kan kalau dia cari apa2 jarang tak jumpa..dekat google tu bf aku delete recent search, tapi dia tak delete history dia. Aku boleh tengok satu2 semua activity dia dari bulan2 lepas.

Yg buat aku lagi sakit hati tu, SETIAP HARI  dia masuk kt web  tu. SETIAP HARI!! Normal ke lelaki tengok benda2 mcmtu setiap hari? Allahu, apa dosa aku dapat bf mcmtu.

Bukan niat aku nk ckp aku baik, tapi aku rasa jijik sgt min.. Serious jijik..Aku jadi tawar hati. Hari2 aku rasa nk naik angin je sejak tahu perangai dia..ada je benda yg buat jadi gaduh..

Aku pernah buat2 tanya dia..bila last dia tengok benda2 jijik tu sbb aku nk dia mengaku dari mulut dia sendiri. Katanya dh lama tak tengok, last tengok tahun lepas. Siap bersumpah nama tuhan bagai.

Bila aku push2 dia suruh jujur, dia angin kt aku balik. Kalau time mesej dia reply lambat aku tanya buat apa, dia jawab tengok youtube video ceramah UAI, entah iye entah tidak.

bila kitorang jumpa aku akan check senyap2 activity dia pukul sekian2 rupanya masuk web  tu. Aku masih lagi berdiam, buat mcm aku percaya cakap dia. Tapi sampai bila aku nk pendam & makan hati sendiri.

So aku nk mintak pendapat kt korang, apa patut aku buat? Perlu ke aku jujur dgn dia yg aku dh tahu ataupun aku kena teruskan berlakon buat2 mcm tak tahu? Yelah, tu kan aib dia. Dan yg paling penting, ada ke cara utk hilangkan ketagih menonton video ni?

Aku rasa bf aku ni dh tahap ketagih yg teruk. Risau juga, kt rumah dia selalu tinggal berdua dgn adik perempuan remaja. Allahu.. Nauzubillahiminzalik!

Leave a Reply

Your email address will not be published.