Isu Keluarga

Masih lagi segar dalam ingatan seminggu sebelum saya bernikah saya telah terlanjur dengan lelaki

Salam krt, admin hidekan profil ni walaupun akaun palsu ye min. Saya nak luahan pada semua warga krt. Saya seorang suri rumah berumur 46 tahun dan usia pernikahan hampir 6 tahun dikurnikan 4 orang anak dan sekarang ditakdirkan hamil lagi, suami melarang saya merancang dan kalau boleh suami ank saya melahirkan 10 anak.

Dan sejak dari awal bernikah, saya tak pernah  bahagia kerana tidak cinta pada suami. Saya nikah kerana budi, suami adalah seorang lelaki yang sangat baik, suami tidak membebankan saya dengan kerja2 rumah kerana suami mengupah 2 orang pembantu untuk mambantu saya,

nafkah semua dijalanlan dengan baik dan tu saya memang bagi 10 peratus markah. Suami juga sangat romantik, selalu belikan hadiah, seprise birthday anniversary sekua suami buat.  Cuma sampai saat ini,  saya tak pernah cintaka suami.

Kadang2 depan suami saya hanya jadi pelakon, saya berlakon bahagia dengan suami tapi ternyata sampai saat ini, sekelumit perasaan cinta pun tak ada.
Untuk pengetahuan sebelum saya bernikah deengan suami saya sudah berkenalan dengan seorang lelaki yang sangat sesuai dengan citarasa saya dan saya yakin kalau suatu hari nanti dia adalah jodoh saya.

Masih segar dalam ingatan seminggu sebelum saya bernikah saya terlanjur dengan lelaki itu dan dihebohkan kalau saya bunting pelamin dan saya dapat rasakan anak perempuan pertama saya adalah anak lelaki itu, tapi semua percaya kalau itu adalah anak suami saya,

bukan saya taknak test H1V tapi saya tak berani tak terima hakikat kalau anak pertama saya bukan anak suami kerana anak saya sangat manja dengan ayahnya. Tapi saya masih tak boleh nak paksa perasaan ini,  sampai ke hari ini, saya masih berhubung dan berkongsi masalah dengan lelaki itu.

dia pun ada masalah dengan isterinya kerana dia masih tetap cintakan saya. Adakah patut saya teruskan hidup seperti ini, atau lupakan dia dan teruskan hidup bersama suami walaupun tidaka ada perasaan sayang, atau saya berterus terang saja pada suami. Saya rasa dah tak boleh tutup perasaan ini. Makin lama, perasaan sayang dan rindu makin membuak2.

Leave a Reply

Your email address will not be published.