Isu Keluarga

Pernah sekali tu kteorang gaduh then aku lari terus dia call mak dia abang dia kata aku pergi lari dengan jantan lain

Salam min. ni fb kawan aku. ceritanya aku dgn bf dah couple 3 tahun tapi sangat tak serasi. he is the opposite of me. Dia dulu tak solat, pemalas, pengotor. then now dah start nak solat 5waktu. rajin pun lepas aku ajar dia jd lelaki jangan pemalas.

pengotor tu yang selalu buat kami gaduh. contoh boleh makan guna tangan even tak cuci tangan. pecah jerawat then tak cuci tangan. aku stress bila dia buat macamtu. then gaduh. selalu sangat kami gaduh.

then bab common sense lagi la teruk. contoh.

1. dia minum air adik aku then air tu habis, aku suruh dia ganti baru. dia boleh tanya “perlu ke ganti ”

2. pinjam motor orang then aku suruh dia topup minyak moto tu, dia persoalkan jugak.

3. Aku ajak dia jumpa kakak aku yang datang dari jauh, jumpa kat rumah kteorang. dia kurung diri dalam bilik adik lelaki aku, tengok youtube. aku kata, borakla dengan akak. dia kata “kena borak eh bila jumpa family ”

4. pernah ajak dia bercuti dengan family aku. parents, adik beradik semua join. dia boleh tidur sampai tengahari. orang lain dah mandi, solat, lunch, jalan2. dia tidur berdengkur kat ruang tamu homestay tu.

like seriously ? benda common sense semua dia tak tahu. dia kata otak dia lembap tak macam manusia normal. benda macamtu dia tak boleh fikir. dia sekolah sampai spm je. result pun cukup2 makan je. aku pulak bachelor, straight A

then dia nak aku respect family dia padahal dia layan family aku pun macam hapeee je. lepastu suka burukkan aku kat family dia.

Pernah sekali tu kteorang gaduh then aku lari terus dia call mak dia abang dia kata aku pergi lari dengan jantan lain. padahal masa tu aku stress dengan dia yang malas kerja. asyik main game je pagi petang siang malam.

family dia pun semua support n trust dia. family dia kat kampung bertahun tak jumpa tapi percaya buta je dia ni baik, perfect gila. kat mata dorang, aku yang psycho, mental, murahan, keluar dengan jantan sana sini tiap malam. Lagi satu suka mencarut.. bila gaduh je memang berbakul makian dia bagi. penat aku dengar

and dia kaki pukul jugak. pernah dia pukul aku kat tepi highway sampai jadi kes polis. then berapa bulan lepastu pukul lagi. then lama2, aku pun berani angkat tangan kat dia. dia yang ajar aku jadi kaki pukul

kaki perempuan pun ye jugak. aku ni ada rupa, body tapi still nak cari lain. pantang nampak dahi licin, auto menggatal. kat fon dia lagi la, ex dia kat pubg tu pun tak buang kalau tak kantoi dengan aku.

lepas setahun lebih couple dengan aku, still ada ex dia kat pubg tu. kat youtube, berbalas comment dgn girl lain siap subscribe bagai. yang lelaki dia tak subscribe pulak. kat ig feeds dia, semua perempuan se xy, tiktok gelek2.

dia kata, tu sebab kawan2 dia follow perempuan2 tu sebabtu masuk kat feeds dia jugak. ingat aku bodoh ke ?

dengan cousin aku pun dia on. masa birthday adik aku (before pkp) invite dia. sekali dia record2 cousin aku tu pulak. apa masalah kau ? kalau kau still nak menggatal sana sini, tak payahla ajak orang couple

banyak kali dah aku ajak dia putus, suruh dia cari perempuan kaki fitnah, kaki pukul, kaki maki, kaki game macam dia. memang hancur hidup kalau dapat perempuan sebijik perangai dia

Leave a Reply

Your email address will not be published.