Hi saya nak luah berkenaan dengan keadaan saya dengan tunang saya. Saya dengan tunang saya jumpa melalui apps dating lepas beberapa bulan chat kamipun berdating lah. Things were going well but not for long sbb lepas berberapa bulan dia mintak break up and kami pun break up.
After a while saya cuba menjauhkan diri, dia dtg balik hidup saya dan mahu saya menjadi suami dia. Jadi saya pun panjangkanlah hajat ke org tua dan kami pun bertunang. Sepatutnya tarikh kawin dlm bulan ni tapi sebab pkp+Quarantine lah +jais tukar sistem lah bagai urusan tertunda.
So saya tak etakpectpun kawen bulan ni tapi saya still nak proceed hantar borang. Then tup2 tunang saya bagitau yang dia tak bersedia nak kahwin dan nak tunda. Saya bersetuju nak tunda tapi saya tanya lah dia sampai bila nak tunda.
And now dia just kata bila dia bersedia shj (mungkin lebih dari 1 or 2 tahun). Saya tanya dia sebab dia tak yakin dengan saya ke nak jadi suami dia. Dia just ckp yg diri dia tak sedia bukan salah saya.
And memang dia tak boleh nak agak bila dia boleh bersedia. Dan dia just harap yg saya boleh tunggu untuk dia. And sekarang saya perasan dia dah berubah sangat. Dia start jauhkan diri, whatsap tak dibalas call tak diangkat kelakuan sama macam masa nak breakup dulu.
Saya betul2 nak kahwin dengan dia. Tapi bila dia kata dia tak boleh bagi kata putus bila dia bersedia saya sedih, rasa macam semua usaha saya selama ni sia2. Saya nak berkahwin sebab saya sunyi, saya kawan tak ramai.
Ahli keluarga okay tapi saya perlukan pasangan jugak and sekarang dia layan saya macam org asing dlm hidup dia. Kalau dia ada masa lapang pun dia utamakan kawan2 dia.
Dia dahlah asyik busy shj kerja. Saya dah buntu dah nak buat apa depress rasanya. Dia yang ajak kahwin and now boleh kata tak bersedia lepastu gantung saya tak bertali berharap saya tunggu.
Campur dengan dia tak hiraukan saya lagi. Saya tak mintak banyak pun just balas wasap sikit shj tak lebih pun. Saya penat, dipermainkan macam robot yang tak ada perasaan.