Isu Keluarga

Nak di jadikan cerita hubungan kami banyak masalah bila masuk tahun ketiga kerana saya ni jenis yang tak suka mengeluarkan kata putus

Assalamualaikum Admin , maaflah saya buat acc lain untuk meluahkan rasa . Hmm
Untuk pengetahuan semua , saya ni perempuan

pernah bercinta dengan seorang lelaki ni hampir 4 tahun lebih . Sebelum kami bercinta , kami berkawan baik . So kiranya bercinta dgn best friend la ni.

Nak di jadikan cerita hubungan kami banyak masalah bila masuk tahun ketiga kerana saya ni jenis yang tak suka mengeluarkan kata putus. Walaupun gaduh seteruk mana saya akan cuba cari jalan penyelesaian .

Saya mmg jenis tak suka gaduh lama lama . Tapi sepanjang saya dengan dia , dia mmg jenis tak reti memujuk dan jenis yang kalau ada apa apa masalah dia akan buat bodo.

Contoh ? Kalau dia buat hal , saya mintak jelaskan ke apa ke dia akan buat bodoh je . Tapi saya ni sabar saya malas merajuk lama lama sbb saya banyak kerja lain nak buat so saya lebih prefer pujuk hati sendiri.

saya akan buat macam takde apa apa berlaku even hati ni sakit tapi pendam jela malas nak fikir .

Dan dia juga seorang yang sangat faham saya , jenis tak kisah saya berkawan dgn sesiapa pun . Sbb kami pun mmg dah berkawan baik sebelum ni so bila dalam relationship  kami mmg faham part masing masing la .

But one day , kantoi dia curang . Saya sabar lagi . Ingatkan dia pujuk saya ? Rupa rupanya dia biarkan saya . Birthday saya nak dekat dia buat bodo je . And ingat dia nak buat suprise ke apa ke .

Tapi dia biarkan saya almost 1 bulan macam tu je . Sepanjang sebulan dia hilang saya diam je saya okay jela sbb saya selalunya mmg rendahkan ego .

Saya jela yang selalu selesaikan masalah kalau ada ap apa berlaku . Tapi kali ni ? Saya malas nak berbincang sbb saya nak dia pulak handle sbb ni salah dia kan . Hahahahah ingatkan dia pujuk la kita ni ?

Tapi jadah dia tinggal bodo je tanpa kata putus tak contact apa pun. And lepas sebulan dia dtg balik & mintak maaf . Dia kata dia diam sbb nak ambil masa . Saya rasa macam tak logik tapi entahlah .

Sebenarnya banyak point saya fikir . Banyak masalah yang dia buat . Tapi saya sabar je . Macam yg saya kata , hubungan kami banyak start tahun ketiga . Dan hampir setahun saya berfikir .

Dan masuk ke tahun keempat syaa mula rasa nak hentikan hubungan . Dan akhirnya saya berjaya menghentikan sehingga 4 tahun lebih ni sahaja . Saya dah penat nak sabar dgn semuanya . Mungkin kami hanya sesuai menjadi kawan baik saja kan ?

Tapi tula , dia pulak tak dapat terima kenyataan . Dia jenis susah menangis tapi kali ni dia menangis mintak saya peluang . Saya tak tahu nak kata apa . Saya dah sabar banyak kali & pernah bagi dia peluang .

Tapi takkan saya nak bagi lagi ? Saya pun dah tawar hati . Dan nak tahu apa yang mengejutkan saya ? Dia bagitahu keluarga dia yang dia nak masuk minang saya . And now dia struggle cari duit lebih . Dia jadi agent , dropship macam macam jenis . And sambil tu jadi rider grab food .

Okay utk makluman dia masih belajar . Dia degree & saya baru habisan diploma . So skrg mmg saya nampak dia struggle & dia baru jual motor dia . Sbb dia ada dua motor so satu tu dia jual .

Jadi skrg ni , saya buntu , hati saya berbolak balik . Hati saya masih kecewa , luka ni tak hilang pedihnya rasa . Dia dah buat saya tawar hati & now dia macam ni tiba tiba .

Ini la kali pertama dia ajak saya kahwin . Saya buntu ? Betul ke semua ni ? Tolong bagi saya pendapat wahai warga net.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *