Isu Keluarga

Masa dekat Penang tu bf bawa saya jumpa parents dia Saya tidur rumah dia 3 hari Untuk pengetahuan Bf saya ni jenis yang berharta tapi humble

Salam admin. Saya nak bercerita dan nak meluah ni. Sebelum tu saya nak cakap sorry tau saya punya luahan ni panjang, kalau tak nak baca boleh skip and terima kasih sangat pada yang sudi baca dari awal sampai habis.

Semoga Allah sentiasa beri kebahagiaan kepada sesiapa yang sudi membaca luahan ni Aamiin. Sebenarnya saya sekarang bercinta dengan sorang lelaki, tapi kami ldr. Saya duduk KL, dia duduk Penang. Jumpa pun dalam 3-4 bulan sekali.

Itu pun kalau ada rezeki, cukup duit ada lah rezeki boleh jumpa. Bf saya ni rajin sangat berkerja. Dia kerja sendiri, pagi pagi pukul 6-7 pagi dah keluar pergi meniaga dekat pasar. Pastu tengahari or petang macam tu dia akan pergi kebun untuk ambik hasil buat cod. Hardworking sangat.

Dia ada business sendiri, family business. Bf saya ni dia tak berkira pun dengan saya. Kalau saya ada problem, bila saya minta tolong dekat dia, mesti dia akan tolong. Haritu masa 3 bulan lepas dia sanggup drive dari Penang pergi KL ambil saya pastu patah balik Penang sebab nak bawa saya pergi kenduri kahwin kawan saya dekat sana. Saya student, dia pun student.

Satu kolej, lain course, lain umur. Tapi sebab start pkp bulan 3 haritu kami terpaksa lah jauh. Setiap kali saya jumpa dengan dia, saya happy sangat. Sebab dia layan saya baik baik je. Layan saya lembut, suka buat lawak and caring sangat.

Then masa dekat Penang 3 bulan lepas yang masa pergi kenduri kawan saya tu, duit dia nak dekat RM1K habis dekat saya. Semua dia bayar. Makan, minyak, tol, tiket pergi jalan semua tu dia bayar pastu dia belanja saya macam macam sebab birthday saya nak dekat time tu.

Beli kasut, tudung, baju semua mahal juga lah harganya. Pastu dia offer nak hantar saya balik KL balik, tapi saya tolak sebab duit dia saya tengok tinggal sikit dah. Duit minyak, tol lagi. Habis lah duit dia nanti. Saya boleh je balik naik bas.

Saya sebenarnya tak minta pun dia keluarkan duit untuk saya, saya boleh je guna duit saya sendiri. Saya pun ada duit simpanan sendiri. Tapi sebab dia kata dia bayar, so saya tak nak lah gaduh dengan dia.

Masa dekat Penang tu bf bawa saya jumpa parents dia Saya tidur rumah dia 3 hari Untuk pengetahuan Bf saya ni jenis yang berharta tapi humble, tak suka menunjuk. Parents dia layan saya baik sangat sangat. Parents dia suka sangat dekat saya.

 

Selalu tanya bila saya nak datang rumah depa lagi bila saya tengah otp dengan bf saya. Depa kata depa rindu saya haha. Baik sangat. Masa nak balik KL haritu pun family dia suruh saya stay rumah depa lama lagi. Haha takmau lah saya duduk rumah orang lama lama takut menyusahkan pula  And bf saya ni jenis yang pandai agama,

even pakaian dia simple biasa je takda pakai jubah or serban. Sebab family dia pun jenis yang Islamic. Bf saya selalu nasihat saya, suruh saya jaga aurat, suruh saya jaga solat, buat ibadah banyak banyak and macam macam lagi.

Dia nak sentuh saya pun dia tak berani, bila tersentuh pun dah rasa serba salah huhu. Parents dia pun pernah sekali jumpa dengan parents saya. Tapi lama dah lah. And parents dia layan parents saya memang baik sangat. Sediakan makanan macam macam lauk, macam special guest betul.

And parents bf saya pernah cakap yang lepas saya dengan bf saya habis belajar nanti, depa nak saya kahwin dengan anak depa. Sebab depa nak sangat jadikan saya menantu.

Alright then sekarang kan, kami dah lama tak jumpa. And hampir setiap hari, kami mesti gaduh dalam phone. Sebab. okay saya mengaku saya ni memang sayang sangat dekat dia. Bila dia busy kerja je, saya mesti sedih pastu saya akan perli perli dia bagi dia sakit hati.

Macam macam lah saya kata dekat dia, kadang saya terlepas maki dia. And kadang bila dia tak tahan, dia pun akan tinggi suara dengan saya. Saya tahu yang salahnya saya. Dia tak akan jadi macam tu kan kalau saya tak start. Cuma sekarang dia makin lama makin berubah.

Bukan berubah hati, tapi berubah cara dia layan saya. Saya tahu dia setia dengan saya. Cuma maybe dia letih dengan perangai saya yang suka cakap tanpa berfikir dia punya consequence, kuat merajuk, ego tinggi, yang suka psycho dia.

Saya selalu buat dia jealous, sebab saya ni dekat kolej ramai sangat kenal saya, nak kata ada rupa tu entahlah tapi memang hampir semua orang yang jumpa saya kata saya ni cantik, sopan, comel  Sampai ada yang panggil saya snow white sebab kulit saya jenis kulit putih melepak, sebab saya ada mix Europe huhu.

And dekat kolej juga saya ada pegang banyak jawatan pastu saya selalu dapat dekan setiap semester. So ramai lah yang kenal saya, minta tolong saya ajar apa yang dorang tak faham and tanya pasal something yang dorang nak tahu.

And ramai sangat yang nak try saya even saya dah ada bf pun. Tapi saya tak layan pun dorang. Sebab saya tahu saya dah ada bf saya ni. Cuma kalau bila sampai mood saya swing and bf saya tak bagi attention, saya mesti akan cakap yang saya nak lepak malam malam dengan kawan saya lah,

nak keluar jalan dengan kawan kawan lelaki saya lah. Tapi saya cakap je, bukan buat betul betul pun. Saya pun busykan diri dengan study je. Sebab saya tahu bf saya ni kuat jealous kalau saya rapat dengan lelaki lain. That’s why saya buat macam tu. Yelah even kawan baik dia sendiri pernah nak try saya hm.

Saya nampak yang dia jealous sebab dia sayang sangat dekat saya. Sebab dia selalu kata yang saya ni cantik, ramai peminat, ramai kenal. Tapi saya tak nak pun orang kenal saya, sebab saya ni jenis yang tak pandai sangat bergaul dengan ramai ramai orang huhu,

kadang saya tak nak dikenali pun. But saya tahu dia tak nak orang lain dapat saya, dia takut and risau saya pergi dekat orang lain kan.

So, saya selalu lah ugut dia macam macam bagi dia jealous and sakit hati. Kadang tu bila saya minta maaf, dia still kata dia tak boleh lupa apa yang saya pernah cakap dekat dia. Dia kata dia sakit hati sangat. Dia selalu kata “Macam ni ke cara awak nak hargai saya?”.

And kadang kadang tu dia ada lah cakap apa yang dia pernah buat untuk saya, dah banyak duit dia habis untuk saya, dah macam macam dia buat untuk saya… Saya tahu dia bukan nak ungkit, cuma dia nak buat saya berfikir and sedar kan.

Bf saya ni jenis yang tak reti pujuk kalau dalam phone. Kalau depan depan, dia sweet sangat, pujuk pun lembut ja. Suka bergurau. Tapi dia still akan try hard untuk pujuk bagi saya okay even dia tak reti pun. Tapi sekarang, dah macam kurang je dia nak pujuk saya.

Kadang saya terpaksa pujuk diri sendiri, sebab saya tahu saya juga lah puncanya. Dia berubah macam tu mungkin sebab salah saya juga. Saya rasa dah cukup baik dah saya dapat dia. Cuma yelah… maybe sebab kami jarang jumpa kut.

And dia pun selalu pergi kerja nak cari duit untuk diri dia. Even family dia boleh je bagi dia duit, tapi dia tak suka mintak. Sebab dia kata dia dah besar, tak akanlah still dan minta duit parents. But actually umur dia baru 19.

Umur saya lagi tua dari dia, beza setahun. Cuma muka saya ni tak nampak macam umur 20an, nampak macam muka budak sekolah. Tapi muka dia nampak matured sangat. Attitude pun macam orang dah dewasa betul. Saya pun tak macam tu, still childish lagi.

Semua benda yang dia ada mostly hasil dari usaha duit dia sendiri. Tahun ni baru je dia beli kereta sendiri, toyota hilux. Then pakaian dia, makanan, barang barang keperluan semua tu pun semua guna duit dia sendiri.

Parents dia pun cakap benda yang sama dekat saya, yang depa bangga dengan attitude bf saya ni, independent And everytime bila dia ada duit, mesti dia akan belanja/tolong family or member dia.

Dia pun akan simpan duit untuk saya in case kalau saya urgent nak guna duit and simpan duit dia untuk keluar dengan saya bila jumpa nanti. Entahlah. Banyak je lagi sebenarnya saya nak cerita tapi takpa lah, benda mostly sama je.

Hm saya nak tanya, rugi ke kalau saya hilang dia? Untung ke saya dapat dia? Lelaki memang berubah macam tu ke kalau dia sakit hati? Apa yang patut saya buat untuk ambik balik hati dia? Dapat ke kami kekal sampai bila bila?

Macam mana nak kawal emosi saya yang selalu down bila dia busy kerja? Sebab saya selalu fikir bila dia busy kerja tu, bila dia tak call saya tu, mesti dia dah tak sayang and tak ingat dekat saya. Then start lah mood swing saya.

Saya mengaku, dia busy pun, dia still jugak ada call saya, text saya inform dia dekat mana, tengah buat apa semua tu. Tapi kalau malam je lepas dia settle kerja dia, bila saya nak cakap dengan dia lama lama, mesti kami akan cakap sekejap je sebab dia kata dia penat nak tidur esok kena bangun pagi.

Saya selalu terasa macam saya ni tak penting untuk dia hm. Apa eh masalah saya ni sebenarnya. Tolong jangan kecam. Saya nak berubah jadi lebih baik, saya nak pendapat dan nasihat yang boleh membantu saya untuk jadi lebih baik. Dan saya minta tolong selalu doakan yang baik baik untuk saya dan pasangan ya walaupun saya ni anonymous,

saya sentiasa doakan orang yang selalu buat baik dekat saya. Doakan saya supaya jodoh dengan dia jugak sebab saya sayang sangat dekat dia. Banyak dah benda kami hadap sama sama selama ni. Terima kasih admin dan pembaca.

Maafkan saya kalau ada tersalah dalam menulis ni ya. Let’s constantly pray the best for us and each other. Have a nice life everyone.

Leave a Reply

Your email address will not be published.