Isu Keluarga

Sejak saya minta tanggu dia mula memaksa dalam semua benda siap beli iphone guna duit yang saya kumpul

Assalamualaikum. Mohon hide nama.
Saya berumur 25 tahun dan pasangan saya berumur 27 tahun. Pada perancangan asal saya dan pasangan sepatutnya bertunang pada raya puasa yang lepas.

Dan akan berkahwin pada bulan 12 ni tetapi saya minta tangguh kerana pkp ni saya tak dapat bawa jumpa orang tua saya dengan orang tua dia. Dia berkeras nak juga bertunang dan berkahwin.

saya berat hati nak membelakangkan kedua orang tua saya. walaupun zaman canggih ni boleh je video call. Sejak saya minta tangguh. dia berubah hati. mula memaksa dalam semua benda.. dia guna duit yang saya kumpul utk beli iphone.

asyik mengugut untuk tggalkan saya jika permintaan dia tak saya penuhi.. siap suruh saya amik cuti kecemasan semata mata nak bawak dia jalan jalan. mana boleh jalan2 pun sebab pkp.

Baru baru ni dia mula halang saya datang ke tempat kerja dia untuk hantar balik.. saja saya pegi nak tgk dia depan kilang dia kerja rupanya ada lelaki yang ambik dia balik kerja.. bila tanya.. dia kata tu kawan.. dan mula ugut lagi utk tggalkan saya..

Patut ke saya minta semula duit yang dia pakai tu dan lepaskan saja dia.. lagipun dia pernah cakap.. kawan kawan dia tak suka saya sebab saya cuma kerja kilang besi.. eh.. mcm la dia kerja kilang best sgt..

Tak tahu nak mulakan dari mana nak bg tau orang tua saya.. sebab orang tua saya mmg benarkan saya berkahwin dgn dia.. minta pendapat. Ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *